VIDEO DOSA-DOSA BESAR MAHATHIR (1)

Dimuat naik dari YouTube

Video yang dipaparkan telah dikirimkan kepada kami dan didapati telah dimuat turun daripada YouTube.

Kami suka berkongsi video ini dengan khalayak dalam talian untuk iktibar, yang benar boleh kita terima dan yang palsu hendaklah ditolak.

Antara intipati video berkenaan adalah seperti berikut:

1. Pada 1997 – Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah mencabar Mahathir untuk merebut jawatan Presiden UMNO. Ku Li dikatakan menang jika tidak kerana penipuan dalam keputusan pemilihan Presiden UMNO dengan mewujudkan cawangan yang tidak berdaftar.

2. UMNO diharamkan kerana Mahkamah Tinggi mendapati terdapat Cawangan UMNO yang tidak didaftarkan. Kewujudan Cawangan UMNO yang tidak didaftarkan itu dikaitkan dengan komplot untuk memenangkan Mahathir sebagai Presiden parti. Maka lahirlah UMNO Baru.

A A A DIKTATOR 2 ABC KU LI MAD DEY1111

3. Okt 1987 – Operasi Lalang : Mahathir khuatir dengan beberapa kes yang bakal didengar di Mahkamah Agung termasuk rayuan penyokong Tengku Razaleigh – Sekiranya rayuan tersebut dibenarkan, ia akan membawa kesan yang buruk kepada kerjaya Mahathir – Ada kemungkinan Mahathir akan kehilangan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

4. Pada 1988, demi mengelak sebutan kes di Mahkamah Agung, Mahathir telah melucutkan jawatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan menggantikannya dengan Tun Hamid Omar, seorang Hakim yang dikatakan berada dalam kawalan Mahathir. Malahan terdapat 5 lagi Hakim yang tidak bersekongkol dengan Mahathir telah dipecat. Dengan itu juga harapan rakyat untuk menjunjung kerajaan Bersih Cekap dan Amanah telah turut hancur. Adakah situasi yang sama berlaku hari ini apabila Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara dilantik daripada golongan yang tidak menyokong kedudukan Islam dan kaum pribumi?

Image result for projek ic sabah

5. Projek M – atau Projek Kad Pengenalan pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an di Sabah telah menyebabkan kemasukan rakyat asing ke Sabah. Jumlah Pendatang Tanpa Izin (PATI) ialah 1.7 juta sedangkan jumlah penduduk Sabah hanya 3.3 juta sahaja. Angka kemasukan PATI terus meningkat. Rancangan ini dikatakan membabitkan rampasan kuasa politik Sabah dengan sokongan orang asing yang diberikan kerakyatan di Sabah. Kes-kes jenayah Di Sabah turut meningkat dengan kemasukan rakyat asing itu. Penduduk asal atau pribumi Sabah telah menjadi minoriti.

                          *****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: