SUARA MAHATHIR TIDAK DIPEDULIKAN DALAM PH

Pada bulan Jun, setelah Mahathir diangkat semula sebagai Perdana Menteri, dia mula meluahkan perasaannya pada media bahawa dia sedia berundur jika gagal mendapat kerjasama daripada pemimpin lain dalam komponen Pakatan Harapan.

A A A DIKTATOR 2 ABC KU LI MAD DEY2222

Kita tahu Mahathir tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian sekiranya beliau tidak menghadapi tekanan daripada parti komponen PH yang lain.

Situasi dan persekitaran politik Mahathir tidak seperti semasa beliau memimpin BN. Sikap dan karektor beliau sebagai pemimpin diktator dengan pendekatan bahawa segala arahan beliau sama ada secara langsung atau sindiran (overt atau covert) hendaklah dilaksanakan segera.

Sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini bahawa Mahathir mahu arahannya dilaksanakan kelmarin bukan hari ini. Namun itu semua tidak menjadi dalam PH.

A A A MADEY FRUST 1

Dia mungkin baru sedar bahawa mengepalai golongan cauvinis Cina tidak sama dengan mengepalai kaum Melayu yang patuh pada ketua. Keadaan sukar Mahathir dihimpit dan dijerut pula dengan jumlah kerusi parlimen PPBM yang ciput (hanya 13 daripada 121).

Dengan kata-kata lain, meskipun dia pemimpin tertinggi PH, tetapi suara dia tidak dihormati, malah ada ketikanya tidak dipedulikan. Kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri  juga dikatakan sebagai paling tidak stabil dalam rekod politik dunia.

Pada 2 Julai, Pemuda DAP mengkritik Mahathir kerana enggan mengikut senarai calon menteri yang dicadangkan oleh DAP yang disifatkan sebagai tidak menghormati suara parti komponen PH. Di sini Mahathir diterjemahkan sudah kehilangan taat setia daripada parti komponen PH.

Konflik sedemikian tidak pernah berlaku dalam komponen BN, kerana mereka tahu bahawa diktator seperti Mahathir tidak boleh disanggah, sekiranya ada percanggahan pendapat, pasti akan ada yang kena tendang.

Namun dalam PH, siapa yang peduli kepada Mahathir meskipun dia adalah Perdana Menteri kerana suaranya adalah suara midget atau suara si kerdil yang hanya bertunjangkan 13 kerusi parlimen.

DAP marah kerana beberapa calon mereka termasuk Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming tiada dalam senarai menteri kabinet Mahathir, sedangkan DAP telah memenangi 42 kerusi Parlimen dalam PRU14. Jelaslah isu jumlah kerusi parlimen dimainkan oleh DAP.

A A A DIKTATOR 2 ABC KU LI MAD DEY

Kemudian pada 23 Julai, Mahathir melahirkan rasa tidak puas hati beliau berkenaan isu ketidakhadiran menteri-menteri PH dan timbalan-timbalan mereka di parlimen. Pastinya Mahathir gelabah apabila mengenangkan keefisienan menteri-menteri dan timbalan menteri parti komponen BN semasa beliau memimpin BN dahulu.

Rentetan daripada itu, pada 7 September, Mahathir meluahkan lagi keluhannya bahawa prestasi menteri kabinet PH tidak mencapai target sebagaimana yang diharapkan. Mahathir menekankan lagi sekali bahawa beliau mahu mereka bertindak pantas dalam melaksanakan sebarang tugas.

Dengan kata-kata lain, Mahathir menterjemahkan prestasi kerja menteri kabinetnya sebagai lembab dan lebih menekankan lagi apabila kelembapan menteri kabinet Mahathir juga disuarakan oleh rakyat.

Misalnya Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah membuat kenyataan bahawa Mahathir telah mengkritik prestasi dan keupayaan menteri kabinetnya berulang kali. Ini menggambarkan bahawa teguran atau kritikan Mahathir amat serius tetapi tidak dipedulikan kerana suara Mahathir dalam PH hanyalah melukut di tepi gantang.

Dengan itu juga kerajaan PH sendiri telah mendedahkan kelemahan menteri-menteri kabinetnya yang hanya pandai mengkritik ketika menjadi pembangkang, sebaliknya lembab apabila menghadapi realiti sebagai kerajaan.

Pada 14 November, Mahathir telah meluahkan perasaannya dan ketidakpuasan hatinya lagi sekali sehingga ke tahap mahu merombak  barisan kabinet sedia ada bagi menggantikan mana-mana yang lembab dan bermasalah.

A A A DIKTATOR 2 ABC KU LI MAD DEY2

Dalam sesi temu bual dengan The Straits Times, Singapura Mahathir menegaskan bahawa sebarang keputusan adalah hak dia selaku Perdana Menteri, dan dia berhak memilih anggota kabinet yang dia selesa bekerja bersama.

Kemudian pada 15 November, Anwar sebagai Presiden PKR dan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP, masing-masing menegaskan bahawa mereka tidak memberi apa-apa respon berkaitan rombakan kabinet sebagaimana permintaan Mahathir yang telah dinyatakan berulang kali.

Jelaslah bahawa suara Mahathir tidak laku, dan tidak lagi berbisa sebagaimana suara seorang diktator tua yang tidak lagi bertaring.

Walau bagaimanapun ada juga bisikan-bisikan liar yang mengatakan bahawa rombakan kabinet akan membolehkan Mahathir membawa masuk anaknya Mukhriz untuk menggantikan tempat Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri. Muhyiddin dikatakan tidak relevan lagi kerana mengidap kanser.

Selain itu juga, ada tanggapan yang mengatakan bahawa PKR dan DAP cuba menyekat agenda Mahathir yang mahu mengukuhkan kedudukan orang-orang PPBM dalam kabinet.

Agenda ini juga penting untuk menyekat pengaruh Anwar, kerana bagi Mahathir sama ada Anwar akan menggantikan dia atau tidak, terserah kepada suara rakyat. Perjanjian untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 hanya dibuat antara dia dengan PKR tanpa melibatkan parti komponen yang lain.

Tanggapan lain yang terpantul ialah kelemahan kerajaan PH yang baru sahaja 6 bulan ditubuhkan, tetapi sudah mahu dirombak. Tindakan rombakan pastinya akan mengotorkan lagi prestasi PH yang sememangnya amat buruk pada kacamata rakyat sekarang.

Boleh dikatakan semua menteri kabinet Mahathir telah menonjolkan kelemahan dan keburukan masing-masing yang terlalu banyak untuk disebut di sini. Namun perhimpunan 500,000 rakyat di Kuala Lumpur pada 8 Disember nanti akan menjelaskan segala-galanya.

Walau apapun teori politik yang cuba menjelaskan keadaan, rakyat dapat melihat bahawa suara dan keluhan Mahathir tidak laku dalam PH, ibarat air longkang berbuih yang terus mengalir ke sungai jijik tanpa dipedulikan.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: