PAS-UMNO BERGABUNG

A A A PAS-UMNO

 

Presiden PAS, Dato Seri Haji Hadi Awang telah menyatakan pendiriannya secara terbuka dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan Perpaduan Ummah di Pasir Salak semalam (17 November 2018), untuk menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO, di hadapan kepimpinan tertinggi PAS-UMNO termasuk Presiden parti Datok Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengumuman Haji Hadi itu mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 40,000 hadirin dengan laungan dan gema takbir “ALLAHU AKBAR”.

Kenyataan Haji Hadi itu juga mencatatkan suatu junktur sejarah pada pentas politik Malaysia. Mungkin ia akan menjadi lembaran baru dan menjadi titik kejatuhan Pakatan Harapan yang dilihat penuh dengan tipu daya, fitnah, kezaliman, kemaksiatan dan kemungkaran. 

Kerjasama PAS-UMNO bukanlah suatu tindakan politik yang baru kerana semasa menuntut kemerdekaan pada 1957, PAS-UMNO sudah ada pengalaman jalinan penyatuan.

Penyatuan PAS-UMNO ketika itu bukan semata-mata menggabungkan suara Melayu sahaja, bahkan MCA dan MIC juga telah bekerjasama dalam gabungan itu, sehingga terbentuk Parti Perikatan yang kemudiannya menjadi Barisan Nasional.

Jelas beliau, kerjasama PAS-UMNO juga telah menjadi kenyataan semasa peristiwa berdarah 13 Mei walaupun dalam pegangan ideologi yang berbeza.

PAS dan UMNO boleh berbeza pendapat, dan berbalah dalam hal tertentu, tetapi jangan sehingga kedua-duanya musnah dengan kemungkaran golongan munafik dan kafirun yang wujud sekarang.

Sebaliknya PAS dan UMNO mestilah bersatu apabila kedua-duanya mendukung satu matlamat untuk membela Islam dan Raja-Raja Melayu yang menjadi payung agama.

Amat wajarlah penyatuan PAS-UMNO ini untuk menentang kemungkaran yang diterajui oleh Mahathir dan konco-konco DAP yang menjadikannya sebagai seekor kaldai tunggangan.

Hari ini PAS-UMNO bersatu dalam perhimpunan untuk menentang ratifikasi ICERD yang cuba digunakan untuk mencairkan hak Melayu dan kedudukan agama Islam sebagaimana yang turut diterjemahkan oleh Bekas Ketua Hakim Negara. Jadi tidak timbul soal faham atau tidak kerana bekas Ketua Hakim Negara sendiri melihat muslihat dan agenda jahat dalam ICERD.

Terdapat segelintir dalam kerajaan PH yang tidak menghargai nilai kemerdekaan dan perjuangan kaum Melayu-Islam yang sanggup menerima dan menyetujui kontrak sosial dan menghasilkan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum orang Cina dan India datang ke Tanah Melayu, kaum Melayu-Islam sudah pun memperjuangkan kemerdekaan menentang penjajah.

Pasir Salak adalah saksi yang jelas kerana di sinilah tercatatnya sejarah Sahibus Samaah Datok Maharajalela menentang dan membunuh JWW Birtch perosak dan penipu Raja-Raja Melayu melalui Perjanjian Pangkor.

Malangnya Almarhum telah dihukum gantung oleh pihak penjajah dan digambarkan sebagai pengganas sedangkan Almarhum adalah seorang mufti.

Kaum Cina dan India juga harus sedar tentang perjuangan kaum Melayu-Islam menentang penjajah Portugis pada abad ke-15 dan ke-16 lagi.

Sepatutnya kaum Cina dan India berterima kasih kerana kaum Melayu-Islamlah yang menentang penjajah sehingga kita dapat mengecapi kemerdekaan sehingga ke hari ini.

Konsep samarata DAP dan keadilan adalah dua konsep yang amat berbeza. Masakan boleh kita samaratakan peruntukan untuk keluarga anak 10 dan keluarga anak 3.

Samalah dengan keadaan kaum Melayu di pedalaman yang ketinggalan, sedangkan kaum pendatang diberikan tempat oleh penjajah British dalam pentadbiran di bandar-bandar dan menguasai ekonomi negara. Maka wujudlah ketidakadilan ekonomi.

Kini dalam kerajaan PH mereka sengaja mahu menyuntik agenda baru untuk melemahkan masyarakat Melayu-Islam dan mencairkan hak bumiputera.

Kami orang Melayu-Islam boleh membenarkan kaum Cina dan India hidup bersama kami, dan dengan itu sepatutnya kaum pendatang ini faham dan menghormati kedudukan dan tolak-ansur penduduk tempatan.

Lagikan anjing di kampung boleh bersatu untuk menentang anjing pendatang, inikan pula kami, tapi kami bukan anjing.

Dengan kata-kata lain kami boleh bersatu untuk menentang orang luar yang tidak menghormati kami sebagai penduduk tempatan.

Hadi mengingatkan kaum Cina dan India, jangan biarkan nila setitik yang akan merosakkan susu sebelanga.

Melayu bumiputera adalah penduduk majoriti tetapi dalam kerajaan Pakatan Harapan, kaum majoriti ini terpinggir dan kaum majoriti pula yang menguasai kerajaan.

Sekarang tiba masanya PAS-UMNO bersatu menentang pihak yang cuba mencabul hak Melayu-Islam.

Di sini, di Pasir Salak ini, pemimpin Melayu-Islam rasa terpanggil untuk berkumpul menyatukan ummah untuk membetulkan keadaan, dan bukannya untuk mewujudkan huru-hara.

Demokrasi bukan sahaja berkuatkuasa di parlimen semata-mata, demokrasi juga melibatkan kehendak rakyat di luar parlimen.

Haji Hadi menutup ucapan beliau dengan amaran melalui dua pantun berikut.

A A A DIKTATOR 2 ABCde

 

****

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: