ICERD, PERKARA BASI PENUH LANGAU YANG MESTI DITOLAK

A A  A DIKTATOR 2 ABC.png

Seorang netizen telah melontarkan soalan “KENAPA BANTAH IRCERD??” dengan hujah-hujah dangkal dan cetek seperti berikut (Eja ICERD pun salah).

Ada beberapa premis dalam dakwaan kontotnya dan tulisan standard longkangnya itu:

  • Dia mengatakan bahawa jawapan atau rasional yang diasaskan oleh golongan yang menolak ICERD (dengan bodohnya dia eja IRCERD) adalah ‘bangang’ atau dengan kata-kata lain, ‘bodoh’.
  • Dia memberikan contoh negara Islam yang telah menerima ICERD iaitu ARAB Saudi. Keduanya dia memberi contoh Singapura yang menolak 5 perkara dalam ICERD
  • Dia kata ICERD hanyalah satu ‘akur janji’ (si bodoh ni nak tulis ‘aku janji’ pun tak tahu).

BIDASAN:

  1. Kita ingin membidas netizen ini yang hakikatnya dialah yang ‘bangang’ kerana dia menentang penolakan ICERD tanpa ilmu tapi sekadar memetik negara Arab Saudi yang menerima ICERD dan Singapura yang menolak 5 perkara dalam ICERD. Dia sendiri sebenarnya tidak tahu apa dia ICERD.
  2. Si bodoh ini tidak tahu bahawa dalam demografi Arab Saudi, 100% rakyatnya adalah Muslim dengan 85% daripada kalangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah (atau Sunni), 15% lagi daripada mazhab lain. Namun tidak dinafikan terdapat segelintir pekerja asing yang jumlahnya tidak signifikan bagi politik negara itu. Maka, kalau jatuhnya kepimpinan Arab Saudi yang beragama Islam, sudah tentu yang akan menggantikannya adalah Islam juga dan dari golongan Ahlul Sunnah Wal Jamaah juga.
  3. Si bodoh ini juga telah memberikan contoh Singapura sedangkan dia tidak sedar bahawa kerajaan Singapura adalah kerajaan yang terdiri daripada kaum pendatang Cina dan sekarang demografi populasinya adalah didominasi oleh kaum Cina itu. Kaum Cina membentuk 76.2%, Melayu 15% dan India 7.4%. Dengan itu Singapura juga tidak bimbang dengan kedudukan kuasa kaum Cina sekiranya bertukar pemerintah yang pastinya kaum Cina juga yang akan naik. Namun si bodoh ini tidak melihat senario politik Singapura yang langsung tidak memberi ruang kepada parti pembangkang (walaupun parti Cina). Suara pembangkang disekat, aset mereka dikekang sehingga ada pembangkang dengan zalimnya diistiharkan bankrap. Di tempat-tempat tertentu mubaligh Kristian bebas menyeru dari pintu rumah ke pintu rumah untuk mengajak umat Islam ke gereja. Inikah kesamarataan dalam ICERD yang si bodoh itu mahu?
  4. Jadi apa dia ICERD? Ia adalah singkatan daripada International Convention For Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam bahasa Melayu bermaksud Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum. ICERD adalah salah satu daripada konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Hak Asasi Manusia yang sering digunakan oleh pihak Barat untuk melemahkan undang-undang dan hukum keagamanaan sebaliknya mengangkat liberalisme dan pluralisme agama.
  5. ICERD digubal pada 1969, oleh beberapa negara Barat yang berpengaruh dengan berlandaskan doktrin kebebasan mengikut definisi dan selera mereka. Jelaslah ia perkara basi yang penuh langau. Pada waktu itu, kebanyakan negara dunia ketiga masih lagi berantakan dengan pelbagai konflik dalaman dan memperjuangkan kemerdekaan. Sedangkan negara Barat juga sedang dilanda dengan fenomena pendatang Afrika. Manakala 12 tahun sebelum ICERD digubal, “Malaya” yang kemudiannya Malaysia, telah dibentuk oleh 3 kaum terbesar penduduknya, iaitu Melayu, Cina dan India. Pada 1957, ketiga-tiga kaum ini, telah membuktikan kepada negara lain bahawa sebuah negara pelbagai kaum dan agama boleh dibentuk dengan aman hasil permuafakatan yang erat.
  6. Harus diingat, pada 1957 juga, di negara Barat orang kulit hitam tidak boleh berada dalam bas yang sama dengan orang kulit putih. Apatah lagi menerima pendidikan di sekolah yang sama, atau universiti yang sama dengan bangsa kulit putih. Malah di Amerika ada notis di luar bar dan restoran yang berbunyi “Anjing dan Kulit Hitam Tidak Dibenarkan Masuk”!
  7. Malaysia dengan konsep berbilang kaumnya, mempunyai acuannya yang tersendiri, dan telah lama mendahului negara lain dalam hal perpaduan kaum. Acuan Malaysia ini bukan digubal oleh UMNO tetapi oleh sebuah suruhanjaya bebas antarabangsa yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang telah merujuk dan mendengar pandangan semua pemegang taruh tanah air ini.
  8. Netizen bodoh itu tidak nampak bahawa tindakan meratifikasi ICERD akan memberi kesan kemusnahan kepada struktur dan demografi masyarakat Malaysia secara lewah, radikal dan membimbangkan. Ini termasuklah kedudukan serta masa depan institusi-institusi yang melakukan intervensi sosial yang kritikal seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta peruntukan tanah rizab Melayu sedangkan semua intervensi ini bukan sama sekali bertujuan untuk mendiskriminasikan mana-mana kaum atau kelompok. Ia adalah sebahagian daripada ‘affirmative action’ serta instrumen penstrukturan semula masyarakat, khusus untuk bangsa Melayu-Bumiputera yang sangat tertinggal hingga saat ini.
  9. Netizen bengap itu harus sedar bahawa “Peristiwa berdarah 13 Meiyang dicetuskan oleh cauvinis Cina telah menonjolkan konflik perkauman yang serius atas sebab diskriminasi perkauman. Tidak ada sekolah Cina atau Tamil yang dihalang atau ditutup sesuka hati. Tidak ada perniagaan bukan-Melayu yang dimiliknegarakan. Tidak ada dasar pengambilalihan tanah bukan-Melayu yang dirampas. Semua itu tidak pernah berlaku di Malaysia dan tidak akan berlaku selamanya. Malah Malaysia adalah contoh negara kesepakatan paling dinamik dan harmoni yang tiada padanan dengan negara lain sekalipun selama ini kita tidak meratifikasi ICERD.
  10. Di tengah-tengah wujudnya kerajaan PH, kita jangan lupa demografi penduduk Malaysia, dengan kaum Melayu dan Bumiputera yang membentuk 61.7% daripada jumlah penduduk, dan dalam jumlah itu hanya 52% sahaja beragama Islam sedangkan terdapat kaum Bumiputera lain termasuk di Sabah dan Sarawak yang bukan beragama Islam. Ini bermakna 48% penduduk Malaysia adalah bukan-Islam. Peratusan ini tidak menjamin kedudukan yang selesa sebagaimana Arab Saudi dan Singapura, dalam konteks kedudukan agama Islam dan kaum Melayu. Dengan itu Perkara 3, 152, 153, 160 dan Perkara 11 tentang Islam dan Melayu amat terancam dengan ratifikasi ICERD. Si bodoh ini tidak sedar sekiranya Melayu jatuh, maka yang akan bangkit berkuasa ialah golongan Bukan-Islam, dan keadaan menjadi amat rencam lagi apabila kuasa politik kaum Melayu-Islam dipecah-pecahkan untuk membenarkan modus operandi ‘pecah dan perintah.’
  11. Lihat sahaja dalam struktur Pengasingan Kuasa di Parlimen Malaysia yang terkini, kuatkah kedudukan agama Islam dalam konteks Kuasa Eksekutif?
  12. Kedaan yang tidak kukuh ini memperlihatkan 64 Ahli Parlimen bukan-Islam, malahan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara juga bukan beragama Islam. Peguam Negara pula ada rekod membela Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng, manakala Ketua Hakim Negara pernah menyokong kes murtad penganut Islam. Dengan gejala Syiah, LGBT, Pesta Arak, ramai anak luar nikah, kewujudan pusat maksiat dan kelonggaran pada gejala maksiat, adakah kita hendak tambah beban lagi dengan ratifikasi ICERD yang menyarankan kebebasan dalam bentuk ideologi liberalisme sosial dan pluralisme agama?
  13. Dalam Perlembagaan Persekutuan jelas tercatat dalam Perkara Perkara 11(4) yang memberi hak kepada kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain ke atas orang-orang Islam. Sedangkan ICERD mahu mencairkan Perkara 11(4) ini, iaitu agama lain boleh berdakwah kepada umat Islam untuk menyeret mereka ke kancah murtad. Sebagaimana yang didedahkan oleh Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman, parti cauvinis Cina DAP yang kini diterajui oleh ramai penganut agama Kristian, termasuk Lim Guan Eng, mempunyai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian. Pada 2016 di Selangor sahaja dilaporkan 400 orang Melayu sudah menganut agama Kristian, di Sabah dan Sarawak, usahlah dibicarakan lagi.
  14. Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan sudahpun menggariskan hal kesamarataan kaum. Apa lagi yang golongan ini mahu daripada ICERD? Inilah yang mereka rencanakan dalam ICERD iaitu ‘Merombak perlembagaan tanpa mengubah perlembagaan’, samalah seperti gerakan ‘Revolution without violence’ yang digunakan oleh Zionis di Asia Barat untuk meruntuhkan banyak negara, supaya kedudukan Israel menjadi lebih utuh dan selamat.
  15. Kita percaya bahawa si bodoh yang menentang ‘Penolakan ICERD’ ini bukan beragama Islam, kerana dia buta dan jahil bahawa ICERD akan mencairkan perkara-perkara berkaitan keutuhan agama Islam di negara ini. Pihak ini tidak perlu mengubah initipati tekstual dalam perlembagaan, sebaliknya mereka hanya perlu membunuh roh dan semangat perkara-perkara dalam perlembagaan yang mempertahankan Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu. Mereka mahu merealisasikan Deklarasi Setapak DAP, bahawa Perdana Menteri Malaysia boleh sahaja diangkat daripada bukan Melayu-Islam. Dengan kata-kata lain, mereka mahu merombak bilik tidur yang kita tumpangkan, dengan cara meruntuhkan seluruh rumah kita. 

*****

3 thoughts on “ICERD, PERKARA BASI PENUH LANGAU YANG MESTI DITOLAK

Add yours

  1. Yg membantah org melayu membantah icerd adalah org bodoh yg tak mahu mengkaji siapa yg berada d arab saudi dan singapura.smmgnya pengampu dap patut d halau keluar dari malaysia tanah melayu

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: