NIK ABDUH: 100 HARI DAH BURUK, LAGI 100 HARI BERGANDA BURUK NEGARA INI

Ketua Dewan Pemuda PAS, YB Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu ceramah awam, telah membangkitkan isu kerajaan PH sebagai kerajaan penipu yang tidak berakhlak.

Tegas Nik Abduh, “Jika kita hendak membina negara, binalah negara dengan akhlak.”

Ibnu Khaldun telah menyarankan, binalah negara dengan akhlak, bila akhlak sudah tiada, negara akan rosak, dan tidak bertamadun.

A A A DIKTATOR 2AAA

Jangan kita gantikan pemimpin negara dengan seseorang yang menjanjikan sesuatu, tetapi tidak menunaikan janji. Itu adalah pemimpin yang akhlaknya kosong.

Tegas Nik Abduh lagi, “Bila bercakap dia berbohong. Hari ini kita diperintah oleh kerajaan pembohong.”

Dakwaan Nik Abduh disokong oleh Enjin Pencarian Google, kerana apabila dimasukkan entri “Kerajaan PH Penipu” kita akan lihat terdapat 272,000 entri yang telah dimuat naik oleh portal berita, blog dan juga FB sebagai bukti membenarkan kenyataan :Kerajaan PH Penipu”.

Tambah Nik Abduh lagi, “Apabila dia berjanji dia mungkir janji. Manifesto mereka adalah manifesto yang penuh pembohongan dan mereka tidak malu untuk mengatakan bahawa tidak wajib dan tidak mesti untuk melaksanakan manifesto. Mereka tidak malu, mereka tidak ada akhlak.”

“Apabila diberikan amanah, mereka mengkhianati amanah tersebut. Apabila dia berbalah, dia melampaui batas.

“PAS juga pernah berbalah dengan kerajaan dahulu, tapi PAS tidak melampaui batas. Kita puji apa yang patut dipuji, kita marah apa yang patut dimarah,” kata Nik Abduh.

Tetapi apa yang rakyat hari ini saksikan, kerajaan PH wewenangnya menggunakan kuasa yang ada pada mereka dengan cara melampaui batas. Dia fitnah dan dia menzalimi musuh politik mereka, bukanlah berdasarkan kesalahan, tetapi lebih kepada hasad dengki dan khianat.

“Hari ini kita lihat pemimpin PH amat kasar dan melampaui batas, lihatlah bagaimana dia membina negara; 100 hari buruk dan 100 hari lagi kita akan saksikan negara ini menjadi lebih buruk di bawah kepimpinan kerajaan PH,” tegas Nik Abduh.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datok Lokman Noor Adam juga membangkitkan pembohongan 10 janji PH dalam 100 hari, sedangkan setelah sampai 100 hari memerintah, satu janji pun tidak tertunaikan.

Apa yang rakyat lihat hari ini, adalah segumpal lagi janji dalam Bajet 2019. Itupun belum benar lagi akan terlaksana, malah sudah terpantul sebahagian pembohongan yang dibuat oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, misalnya berkenaan isu hutang negara RM1trilion sedangkan ia hanyalah berjumlah RM686 bilion.

Kemudian Guan Eng juga menipu bahawa Great Eastern Holdings yang dilaporkan setuju untuk membiayai RM2 bilion dalam perbelanjaan kerajaan, sedangkan syarikat itu telah menafikannya.

Mahathir sebagai Perdana Menteri seharusnya berasa malu kerana dia kelihatan seperti kaldai tunggangan kepada konco-konco dalam kerajaan PH ini.

Timbalan Presiden PAS, YB Tuan Ibrahim Tuan Man, pula memperakui bahawa kerajaan PH memang memenangi PRU14 atas dasar fitnah dan pembohongan.

“Kerajaan yang naik atas dasar fitnah akan tumbang, insyaAllah.”

Tuan Ibrahim menegaskan, “Fitnah tidak memerlukan logik akal, fitnah hanya perlu diulang dan diulang sehingga diyakini oleh khalayak ramai (yang jahil dan tidak menggunakan akal yang waras).”

Sebab itu fitnah lebih dahsyat daripada dosa membunuh.

Jika seseorang dibunuh, maka akan berlaku satu kematian, sebaliknya fitnah tidak akan mati, ia berterusan sampai bila-bila.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula memberikan pandangan yang seiring dengan pandangan YB Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Parti PH ini memang pemfitnah. Memang dia memfitnah macam-macam. Dia memfitnah bahawa PAS disogok RM90 juta, dan kes fitnah ini dibicarakan di London dan pihak pemfitnah telah kalah,” tegas Mohamad Hasan.

Bagusnya kes itu telah dibicarakan di London, sekiranya dibicarakan di Malaysia pastinya dengan kuasa Peguam Negara yang merupakan konco PH, khususnya DAP, kes ini pasti akan ditutup dengan jaring dan kemudiannya dicampakkan ke longkang.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: