EDAR BIBLE: APA NAK HAIRAN, DI SELANGOR SAHAJA, LEBIH 400 MELAYU SUDAH MURTAD

A A AMURTAD 3

Kes pengedaran bible kepada pelajar beragama Islam di sebuah sekolah di Bukit Mertajam Pulau Pinang, pada 7 Nov lalu nampaknya mendapat perhatian media.

Walau bagaimanapun kita lihat tindakan pihak berkuasa tidak begitu tegas dan tuntas, mestinya kerana kewajaran tidak mahu berlaku huru-hara.

Kemudian tersebar pula kes mengedar risalah agama Kristian di Penaga, Pulau Pinang, dan juga di Puchong, Selangor.

A A AMURTAD 1

Menurut seorang penggiat YouTube, yang menggelar dirinya ‘Tok Singa’, pengedaran risalah kristianiti dan bible bukanlah perkara baru, ia sudah berlaku di tempat awam secara berleluasa di Pulau Pinang sejak sekian lama.

Kita tidak hairan jika mereka berani menjemput umat Islam hadir ke gereja mendengar ‘khutbah’ Ahad.

Menteri Hal Ehwal Agama, di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusuf Rawa nampaknya memandang ‘acuh tak acuh’ terhadap insiden yang dilihat sebagai mencabar Perlembagaan Persekutuan itu.

Image result for ORANG MELAYU MURTAD DIKRISTIANKAN

Dengan mudah beliau cuba meredakan isu dengan mengatakan bahawa ia hanya melibatkan sebuah NGO.

Mungkin bagi sesetengah manusia Islam yang dangkal dan jumud akal mengatakan bahawa ia sekadar promosi sebagaimana jurujual mempromosi sesuatu produk; kalau suka ambil, kalau tidak suka abaikan.

Justeru masyarakat Melayu-Islam pun bising sekejab dan kemudiannya kes sedemikian terus cair, mengalir ke dalam longkang.

Sekiranya umat Islam di Malaysia ini merasa amat marah dan mahu menzahirkan kemarahan mereka secara memberontak, maka lagi sekali ia juga menjadi amat aneh. Lebih-lebih lagi, sekiranya ia mengheret pemimpin parti yang beragama Islam.

Kita katakan begitu kerana, matlamat tersembunyi pengedaran bible itu adalah untuk memurtadkan umat Islam.

Pada 2012, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr Hassan Ali pernah mendedahkan bahawa terdapat antara 300-400 orang Islam yang sudah murtad dan aktif menghadiri sidang gereja pada setiap Ahad. Namun tiada tindakan proaktif yang diambil untuk mencegah.

Bukan itu sahaja, terdapat kira-kira 20 hingga 30 orang Melayu yang bekerja untuk mengkristiankan umat Islam, itupun di Selangor sahaja.

Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri Selangor serta pemimpin Islam dari parti PKR dan Amanah?

Kerajaan Negeri Selangor pula memperlecehkan kes murtad tersebut dengan mengatakan bahawa, ibu bapalah yang seharusnya bertanggungjawab.

Sebaliknya bagi Dr Hassan Ali, dan kita percaya, majoriti umat Islam juga bersetuju, bahawa pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan kerana kes memurtadkan umat Islam adalah satu pencabulan kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, yang memberi hak kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain ke atas orang-orang Islam.

Jika tidak apa gunanya kuasa kepimpinan yang diberikan rakyat kepada kerajaan, apatah lagi tanggungjawab yang harus mereka jawab di akhirat kelak.

A A AMURTAD 2

Malahan sebagaimana yang didedahkan oleh Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman, parti cauvinis Cina yang kini diterajui oleh ramai penganut agama Kristian, termasuk Lim Guan Eng, mempunyai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

Razali mendedahkan, dalam satu mesyuarat program strategik mengkristiankan umat Islam, Ketua Paderi Seri Aman, bernama Jackson, berkata (nauzubillahimin zalik),

Nabi Muhammad tidak layak dipanggil Nabi. Sebab itulah pihak Kristian telah berusaha untuk mengkristiankan seramai yang boleh untuk mereka juga bersama-sama kami masuk ke syurga. Masuk ke syurga dia kata. Dia kata, Nabi Isa merupakan anak Tuhan. Cuma dia seorang sahaja boleh memberi jaminan semua orang dalam dunia ni masuk syurga.

Menurut Razali juga, antara matlamat kerajaan DAP Pulau Pinang ialah mengusir orang Melayu keluar dari Pulau Pinang.

Nampaknya, label cauvinis Cina yang diletakkan kepada DAP menjadi benar, jelas, terang dan nyata.

Kita juga percaya, gejala murtad ini adalah berpunca daripada kesempitan hidup masyarakat miskin bandar, sebagaimana yang dihujahkan oleh Dr Hassan Ali.

Apalah guna negeri kaya, sekiranya umat Melayu-Islamnya ramai yang murtad.

Gejala murtad ini pastinya berkembang pesat dan kita jangkakan sekiranya pada tahun 2012, jumlahnya adalah 300-400 orang yang telah dimurtadkan, betapalah pula jumlahnya pada akhir tahun 2018 ini.

Dengan isu ICERD yang cuba merobah prinsip dan falsafah Perlembagaan Persekutuan, dan serangan peningkatan kos sara hidup masyarakat bandar, serta kuasa kerajaan PH yang ada pada tangan DAP, apakah kita masih mahu menerima mereka sebagai kerajaan hebat, Malaysia Baru hebat, Mahathir hebat, atau kita sedang diasak dengan bala dan kecelakaan yang amat hebat?

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: