KU LI – MAHATHIR KEKAL SEBAGAI DIKTATOR

A A A DIKTATOR

Gelagat Mahathir sebagai diktator (pemerintah zalim kuku besi) terulung Malaysia terdedah terang-terangan bak kata bidalan Melayu ‘sudah terang lagi bersuluh’.

Lihat sahaja undang-undang rimba dengan agenda ‘political assassination’ yang digunakan secara wewenang terhadap pemimpin tertinggi UMNO dengan tujuan membunuh UMNO, parti Melayu yang selama ini memperjuangan hak Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu.

Mahathir cuba membunuh dan mematikan UMNO tanpa kubur, tetapi diktator itu lupa bahawa parti UMNO yang suci bersih dahulu telahpun dibunuhnya pada 1988.

Lantas dengan otak perompak, kronisme, nepotisme dan kleptokrasi yang ada padanya, dia telah menubuhkan ‘UMNO Baru’.

A A A DIKTATOR INDIA 2

UMNO yang dijijikkannya inilah ‘UMNO Baru’ yang diciptanya. UMNO Baru inilah yang diterajuinya sejak 1988 sehingga dia meletakkan jawatan pada 2003.

UMNO Baru inilah juga yang dipalitkan Mahathir dengan gejala rasuah, kronisme, nepotisme dan kleptokrasi sebagaimana yang dia cuba persepsikan kepada rakyat jelata.

Tapi dia lupa, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi dan DS Najib Tun Razak cuba membersihkan semula UMNO, dia tampil ke hadapan untuk agenda ‘political assassination’ kerana hatinya tebal dengan khianat dan hasad-dengki.

A A AJHO LOW6

Dia marah Tun Abdullah yang tidak mahu menjadi ‘boneka’nya. Lalu Tun Abdullah digodam dan ditekan oleh ‘rentier’ Mahathir supaya meletakkan jawatan.

Kemudian dia seolah-olah menyokong DS Najib sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah.

Namun kalau darah sudah penuh dengan dengki-khianat, dia tetap tidak berubah apabila Najib juga menolak untuk dijadikan boneka dan tidak mahu mengisi tembolok kroni-kroni political-kapitalis Mahathir.

A A A DIKTATOR 2

Kita tidak hairan kerana dalam darahnya penuh dominan DNA India Kerala, yang melihat Melayu sebagai bangsa yang amat hina, lalu parti Melayu dijijikkan, sedangkan dia lupa parti manakah yang mengangkatnya pada suatu ketika dahulu.

Tuduhan rasuah terhadap UMNO hanyalah satu bentuk ‘pembingkaian media’ atau ‘media framing’ sedangkan Mahathir cuba menutup skandal rasuahnya yang menggunung dalam kes Perwaja Steel, BNM-Forex, BMF, MAMINCO, pembunuhan di Memali, Operasi Lalang, Bailout syarikat perkapalan anaknya, salah urus MAS, skandal IPP (Penjana Tenaga Bebas), dasar penswastaan yang lewah dengan kronisme-nepotisme dan berlambak lagi.

A A A DIKTATOR 3

Mahathir hanya memilih mangsa-mangsanya yang tertentu daripada kalangan pemimpin UMNO, namun kegiatan rasuah Lim Guan Eng dan DS Azmin Ali dilupakan begitu sahaja. Kes Rafizi Ramli yang dikenakan hukuman penjara 18 bulan yang disabitkan dengan tuduhan fitnah juga diabaikan sahaja. Malahan penglibatan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy (DAP) dengan kumpulan pengganas Tamil Eelam didiamkan saja.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), mendakwa, Mahathir kini sudah bersama Pakatan Harapan, tetapi dia tidak berubah, dia masih bersifat diktator seperti dahulu juga.

A A A DIKTATOR 4

Kata YM Ku Li, Dr Mahathir masih dengan watak yang sama, tetapi memakai “baju-T yang berbeza”.

“Dia sama saja sebagaimana 23 tahun dahulu, dia sama saja 22 tahun dahulu, saya fikir dia sama seperti itu sekarang pun.

“Dia tetap diktator. Lihat sahaja barisan partinya yang baru saja lahir satu-dua tahun lalu, tetapi mengepalai kerajaan Kedah, Perak, Johor dan mana-mana lagi, dan lihat jumlah kerusi yang mereka miliki dalam kabinet,” kata Ahli Parlimen Gua Musang dalam satu sidang media.

“Dia (Dr Mahathir) adalah orang yang sama tetapi memakai baju yang berbeza, baju lama dah reput,” dakwa Ku Li.

A A A DIKTATOR 5

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Mahathir hanya memenangi 13 kerusi Parlimen daripada 121 kerusi milik Pakatan Harapan dalam PRU14. PPBM hanyalah melukut di tepi gantang dalam PH, tetapi empat daripada pemimpin PPBM adalah Menteri Kabinet sekarang, manakala tiga lagi adalah Menteri Besar Kedah, Perak dan Johor.

Kini untuk diterima bersekongkol dengan pembangkang, Mahathir hanya perlu membuat pengakuan hipokrit “Saya bersalah, maafkan dosa silam saya.” Cukupkah dengan pengakuan hipokrit itu sahaja Mahathir sudah boleh kembali berkuasa semula?

Atau hakikatnya Mahathir telah menabur dedak kualiti tinggi untuk dimakan oleh Kit Siang, Anwar dan Mat Sabu?

A A A DIKTATOR 6Walau apapun yang berlaku di sebalik tabir,  dan demi menutup kezalimannya yang selari dengan label ‘Mahazalim dan Mahafiraun’ yang diberikan oleh reformis Anwar Ibrahim, Mahathir dan medianya mengangkat dan menjulang-julang ‘card stacking’ 1MDB sebagai rasuah yang meruntuhkan negara.

Rakan sekongkol Mahathir, seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, semuanya lupa pada janji mereka untuk mengheret Mahathir ke penjara sekira PH memang PRU14. Semua mereka itu adalah hipokrit, atau mereka sememangnya sudah taksub dan terasuk dengan dedak Mahathir yang berkualiti tinggi.

Jelaslah, sekali diktator, sehingga ke kubur tetap diktator .

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: