MUSANG YANG MEROMPAK RAKYAT

A AMUSANG 2

Seelok-elok Mahathir ditabalkan sebagai Perdana Menteri Ke-4, pada 1981, perkara utama yang dilakukannya ialah mewujudkan dasar penswastaan yang menyeksa hidup rakyat.

Mahathir mencedok dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh kaum pemodal kapitalis Amerika dan Britain yang amat ekstrem memberikan kekayaan kepada kroni politikal-ekonomi yang terpilih.

Malangnya pelaksanaan projek-projek penswastaan itu ‘memberi kekayaan kepada syarikat’ tetapi ‘kerugian ditanggung oleh negara’.

Dengan sebab itulah sekiranya ada syarikat yang gagal dan hampir muflis, tindakan bailout akan diambil dengan menggunakan dana negara atau wang rakyat.

Sebelum dasar penswastaan dilaksanakan, negara memiliki badan-badan awam yang bukan diwujudkan atas dasar keuntungan tetapi atas dasar memberi khidmat dan kemudahan kepada rakyat.

Sebagai pemimpin tertinggi negara dan dengan golongan penyangak-kapitalis yang berada di sekelilingnya maka terbentuklah ikatan kroni-kapitalis yang secara halus dan penuh muslihat, merompak melalui projek-projek penswastaan.

Dengan nafsu tamak-haloba itulah pemimpin tertinggi negara bertukar menjadi musang yang mengkayakan kroni-kroninya setelah dia dipilih oleh rakyat menjadi Perdana Menteri pada Julai 1981.

Namun kekayaan kroni-kroninya dengan cara halus dan tersembunyi juga dikongsi oleh Mahathir yang pernah digelar oleh Lim Kit Siang, Mat Sabu, Lim Guan Eng dan DS Anwar sebagai ‘Bapa Perompak’, manakala ‘The Third Force’ menggelarnya sebagai ‘The greatest liar Malaysia has ever seen.’ George Soros pula menggelarnya sebagai ‘corrupt moron’ (perasuah bongok).

Jaringan kroni syarikat-syarikat swasta itu juga tidak terlepas daripada suku-sakat dan kaum keluarga si musang. Inilah yang dikatakan sebagai nepotisme.

Allahyarham Tan Sri Ani Arope yang merupakan Bekas Pengerusi Eksekutif TNB pernah mendedahkan sikap jahat Mahathir pada tahun 1992  sebagai skandal mengkayakan kroni-kroninya melalui Penjana Tenaga Bebas (IPP) dengan cara ‘menggelapkan seluruh negara’ (black out) selama 6-10 jam.

Kejadian ‘menggelapkan negara’ itu adalah muslihat jahat  si musang yang mahu mengkayakan kroninya dengan cara yang amat kotor untuk menunjukkan bahawa negara memerlukan IPP kerana TNB digambarkan sebagai amat lemah.

TS Ani mendakwa TNB telah diugut, sekiranya IPP swasta itu tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘black out’.

Sebelum wujudnya IPP, TNB menghasilkan elektrik pada kadar 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit.

Namun, melalui IPP, tenaga elektrik dihasilkan pada kadar jauh lebih tinggi iaitu 23 sen seunit (naik 300%) yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit ketika itu untuk menampung pengurusan TNB.

Dua puluh juta rakyat (pengguna) pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik kepada perompak-perompak kroni musang berkenaan.

Lebih malang lagi, dengan kewujudan IPP, negara telah menghasilkan tenaga elektrik yang berlebihan.

Akibatnya lebih 40% daripada lebihan kapasiti yang dijana setiap tahun lenyap begitu sahaja kerana Malaysia tidak memiliki teknologi menyimpan lebihan elektrik yang dijana.

Petronas pula terpaksa menanggung subsidi gas kepada IPP berkenaan yang berjumlah RM8.1 bilion.

Syarikat pengeluar tenaga yang telah mendapat kadar keuntungan sehingga berbillion ringgit hasil ‘rompakan’ musang  ke atas rakyat adalah Genting Sanyen Power Sdn. Bhd, Powertek Berhad, Segari Energy Ventures Sdn. Bhd SEV 2nd, YTL Power Generation Sdn. Bhd, ARL Tenaga Sdn. Bhd, TNB Janamanjung Sdn. Bhd, Teknologi Tenaga Perlis Konsortium Sdn. Bhd, Prai Power Sdn. Bhd, GB3 Sdn. Bhd dan Tanjung Bin Sdn. Bhd.

TS Ani Arope terpaksa meletak jawatan kerana bagi beliau projek penswastaan IPP adalah salah dari segi moral dan merupakan suatu rompakan ke atas rakyat.

Dengan itu jugalah syarikat 1MDB ditentang habis-habisan oleh si musang pelahap itu, kerana 1MDB menolak kroni-kroni musang dalam projek janakuasa elektrik yang baru.

Walau bagaimanapun DS Najib tidak membiarkan pihak swasta membolot kekayaan membabi buta, sebaliknya dikongsi bersama rakyat melalui pelbagai bantuan kewangan.

DS Najib menolak dasar  ‘memberi kekayaan kepada syarikat’ tetapi ‘kerugian ditanggung oleh negara’. Sebaliknya Najib lebih cenderung kepada prinsip mengongsi kekayaan bersama rakyat.

Dalam pelaksanaan dasar penswastaan pemimpin musang itu, sekolah, kolej dan universiti swasta bukan lagi menjadi gudang ilmu untuk mendidik sebaliknya menjadi lombong untuk mengkayakan kroni-kroni.

Jika ada yang tidak mampu maka disediakan tabung pinjaman PTPTN untuk berhutang. Yang kaya adalah kroni-kroni pemilik kolej dan universiti swasta itu juga, dan yang terhimpit adalah rakyat jelata.

Caj hospital swasta juga berganda lebih mahal daripada hospital kerajaan yang akibatnya ramai pakar perubatan yang lari ke hospital swasta kerana gaji yang lebih tinggi. Dengan itu juga ‘sekiranya miskin, janganlah sakit’.

Peningkatan harga dan nilai bil meningkat dari semasa ke semasa beratus kali ganda, atas alasan peningkatan harga petrol dan tenaga global.

Kita pernah dengar rungutan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim yang menegaskan bahawa dasar penswastaan Mahathir telah merosakkan negara dengan mewujudkan orang tengah atau rentier.

Golongan rentier ini diberi projek, tender atau konsesi hasil hubungan istimewa dengan pemerintah  walaupun tidak mempunyai kepakaran dan modal.

Lantas mereka menjadi amat berkuasa sehingga berkuasa menentukan jatuh bangun seorang pemimpin politik termasuk Perdana Menteri.

Malangnya melalui dasar penswastaan hanya 20-30 orang sahaja daripada 30 juta rakyat Malaysia telah menjadi kaya-raya sedangkan secara halus rakyat menderita kerana dirompak.

Hari ini, musang itu berkuasa lagi. Banyaklah langau-langau kroni yang mengelilinginya setelah diangkat menjadi pemimpin negara semula.

Untuk menutup penyelewengan dan rompakannya terhadap rakyat, si musang terpaksa mengalih perhatian dan pemikiran rakyat terhadap 1MDB, sedangkan sejarah telah membuktikan rompakannya telah mengkayakan kroni dan anak-pinaknya.

****

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: