OPERASI LALANG II – KEZALIMAN MAHATHIR

Mahathir atau dahulunya dilabel oleh puak Reformis Anwar Ibrahim sebagai Mahazalim, dan Mahafiraun, kini kembali dengan kerakusan nafsu dan strategi pemerintahan diktator, apabila menggunakan kuasanya dan undang-undang drakonian melalui SPRM untuk menangkap dan melemahkan musuh politiknya.

Senario Operasi Lalang 1987 seperti berulang kembali, walaupun matlamat dan nafsu serakah pemimpin yang digelar diktator itu sama, namun kali ini dia hanya memilih musuhnya daripada UMNO sahaja, iaitu parti yang membela kaum Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

Operasi Lalang 1987 telah menjadi sejarah getir kepada musuh politik Mahathir yang menyebabkan mereka paranoid, fobia dan menderita ketakutan sehingga menganggap Mahathir seperti puaka hidup.

Image result for rasuah mahathir dlm perwaja steel, Maminco, BMF, BNM-Forex, MAS
Rasuah Mahathir yang membukit selama 22 tahun salah urus negara

Paranoia sedemikian menyebabkan sesetengahnya serik dan bertaubat untuk mencabarnya, meskipun penyelewengan Mahathir dalam pentadbiran membukit. Lebih seratus orang telah ditangkap dan dipenjarakan tanpa diberikan peluang untuk membela diri di mahkamah.

Dua tahun sebelum Operasi Lalang (1985), kerajaan Mahathir juga telah melaksanakan ‘Operasi Angkara’ di negerinya sendiri, yang mengakibatkan 14 penduduk kampung Memali, Baling Kedah terbunuh. Matlamatnya adalah sama, menghapuskan musuh politiknya.

Hari ini, ada pemerhati politik yang berpendapat bahawa tuduhan-tuduhan rasuah yang dilemparkan terhadap musuh-musuh politik beliau, adalah strategi untuk menutup dan mengalih perbuatan rasuah, kronisme dan nepotisme Mahathir sendiri daripada pemikiran dan pemerhatian rakyat.

Mungkin juga lagi sekali Mahathir mahu membangkitkan paranoia dalam kalangan pemimpin UMNO supaya mereka melompat parti untuk bersamanya dengan partinya PPBM yang kelihatan lemah seperti melukut di tepi gantang dalam Pakatan Harapan.

Beberapa hari lalu, sebuah artikel tanpa ‘nama penulis’ yang mengkritik Mahathir atas kezalimannya menahan tokoh-tokoh pemimpin UMNO, melihat tindakan tersebut sebagai berulangnya Operasi Lalang. Artikel tersebut telah dihantar kepada Malaysiakini.

Mungkin tindakan zalim Mahathir itu amat sesuai dinamakan Operasi Lalang II. Artikel tersebut telah diulas oleh Malaysiakini.

Tokoh-tokoh politik, NGO, Intelektual and aktivis sosial yang ditahan

Antara intipati ulasan Malaysiakini ke atas artikel berkenaan adalah seperti berikut:

  • Pada Oktober 1987, di bawah pemerintahan Perdana Menteri ke-4 ketika itu, lebih 100 pemimpin politik dan aktivis pembangkang telah ditangkap dan disumbat ke dalam penjara melalui Operasi Lalang yang dilaksanakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini tidak lagi berfungsi.
  • Antara tokoh pemimpin pembangkang, aktivis sosial, dan intelektual yang telah ditahan dalam Operasi Lalang I ialah:

  • “Sejak dua bulan kebelakangan ini sekurang-kurangnya enam orang pemimpin politik pembangkang telah dipanggil oleh kerajaan untuk disoal-siasat.
  • Tiga daripada mereka telah disumbat ke dalam lokap termasuklah mantan presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan presiden UMNO kini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Artikel tanpa nama penulis itu juga menuduh kerajaan mahu melemahkan atau menghapuskan pembangkang dengan menekan, menindas dan menarik pembangkang untuk menyertai dan tunduk kepada telunjuk parti kerajaan.
DS Abdul Azeez Rahim
  • Ia mendakwa sesiapa yang engkar akan dihapuskan atau disumbat ke dalam penjara.
  • Episod penangkapan pemimpin-pemimpin politik pembangkang oleh kerajaan melalui SPRM pada bulan-bulan kebelakangan ini terang-terangan bukan untuk menghapuskan rasuah, namun ianya adalah untuk menghapuskan musuh politik.

    Related image
    DS Najib Tun Razak ketika dibawa ke mahkamah
  • Ia merupakan suatu penangkapan dan penindasan politik.
  • Jika kerajaan adil dalam menegakkan undang-undang dan memerangi rasuah, mengapa tidak ada pemimpin Pakatan Harapan yang ditahan dan disoal-siasat sejak pilihan raya umum 9 Mei, walaupun umum tahu mereka terpalit dengan pelbagai isu rasuah semasa mentadbir di negeri Selangor dan Pulau Pinang.
Lim Guan Eng bebas dari tuduhan rasuah
  • Adakah mereka ini kini telah suci murni setelah menang PRU14?
  • Malah seorang daripada mereka yang bertaraf menteri telah dibebaskan walaupun keterangan semua saksi belum habis didengar di mahkamah  (Menteri Kewangan Lim Guan Eng).
  • Alangkah bagusnya kerajaan PH, sekiranya Mahathir juga nanti diheret ke penjara kerana gejala kronisme, nepotisme, kleptokrasi, dan kolusi yang amat lewah semasa pentadbirannya selama 22 tahun (+ 2 tahun bersama PH).

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: