JHO LOW WATAK OPERA CIPTAAN MAHATHIR?

Jho Low nampaknya amat popular di seluruh dunia. Dia seperti lebih popular daripada Hussein Bolt. Di Malaysia dia meniti di bibir Mahathir lebih daripada nama isteri dia sendiri.

Atas arahan musuh DS Najib dan media framing mereka, nama Jho Low hampir saban hari terpampang dalam media arus perdana, apa lagi media macai ‘Pee H’. Jho dicari dan dicari sehingga ke lubang tikus dan lubang cacing sekalipun.

Jho Low terpaksa disebut kerana secara ‘subliminal conciousness’ atau kesan psikologi, rakyat jelata diasak dengan mesej bawah arus sedar “rasuah, perompak, lanun, penyamun, jahat, tamak, berbilion ringgit, Najib dan SPRM” yang datang bersama nama Jho Low.

Perompaklah sangat Najib tu, macam rakyat tak tahu yang Perdana Menteri Ke-4 Malaysia adalah ‘Bapak Segala Perompak’ (sila rujuk Mat Sabu) dan ‘The Greatest Liar Malaysia has ever seen’ (sila rujuk The Third Force). Malah George Soros pernah mendakwa bahawa Perdana Menteri Ke-4 adalah ‘Corrupt Moron’ (Kaki Rasuah Bahlul).

Mesej di bawah arus sedar “rasuah, perompak, lanun, penyamun jahat, tamak, berbilion ringgit, Najib dan SPRM.” harus dimainkan oleh konco-konco Mahathir kerana kesan psikologinya amat mujarab. Sangatlah mujarab sehingga rakyat taksub dan terasuk untuk memenangkan parti ‘Pee H’ pada PRU14 tempoh hari.

Malah mengulang-ulang saban hari ‘pembohongan’ adalah pendekatan yang disarankan oleh Hitler pada Perang Dunia Kedua untuk mengikat hati nurani rakyat German dan masyarakat dunia bahawa dia adalah hebat dan amat kuat.

Tapi anehnya Jho Low yang dicari-cari, malah kononnya dengan bantuan polis antarabangsa untuk mengekstradisi, tidak berjaya sehingga ke hari ini.

Sekiranya Saddam Hussein pun boleh ditemui, Osama Laden pun boleh dikesan meskipun bersembunyi dalam lobang tikus di tengah-tengah belantara Himalaya atau belantara Amazon, ini Jho Low yang tembam buncit cerah tidak dapat pula ditemui?

A A A A A A A A A A A A A A AA AACENGOK 1AAA

Kemudian tersiarlah dalam media framing Kerala tua, bahawa walaupun passport Jho Low telah dibatalkan oleh beberapa negara, Joh Low masih tidak ditemui. Hebatnya kaki fitnah tersebut, lebih hebat 100 kali ganda daripada Rafizi Ramli.

Puteri Gunung Ledang pun boleh ditemui Tun Mamat, inikan pula Cina buncit Jho Low yang sering kali membuat kenyataan akhbar, tidak dapat ditemui.

SPRM sepatutnya menggeledah dari dari rumah ke rumah dan cuba berikan tumpuan di istana Kerala tua. Mungkin dia sedang bersembunyi dalam kamar tetamu. Dia tak mungkin bersembunyi di bawah katil, sebab dia tembun, gemuk, perut buncit dia akan tersangkut pada bumbung lantai katil.

Apabila Hishamuddin Hussein memberi tawaran untuk menjejaki Jho Low dengan menggunakan networknya di China, kelam-kabut konco-konco Mahafiraun menolak. Tak perlukan bantuan Hishamuddin, ‘Pee H’ boleh cari sendiri, cuma Pee H, belum jumpa.

Atau sebenarnya Jho Low ni amat penting dalam drama panjang atau opera Cina Mahafiraun demi mempertahankan kuasanya.

Watak Jho Low mesti dibawa sehingga PRU15, supaya rakyat ‘uneducated’ yang didakwa Kerala tua, akan terus tertipu, taksub dan terasuk dengan mesej subliminal “rasuah, perompak, lanun, penyamun, jahat, tamak, berbilion ringgit, Najib dan SPRM.

Fikiran rakyat akan terpesong dan lupa dengan rompakan licik Mahafiraun dalam skandal Maminco, Forex-BNM, BMF, bailout syarikat anak menggunakan dana Petronas, mewajibkan MAS menggunakan minyak dari Petron, Perwaja Steel, pembunuhan Memali, Operasi Lalang, Pemberontakan Reformasi, Lebuhraya untuk Kroni, Skandal TNB, Tanah Menara Kembar Kroni dan banyak lagi.

Jho Low tetap gagal ditemui atau Jho Low sebenarnya hanyalah watak opera Mahathir?

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: