Insiden mengedar kitab ‘bible’ agama Kristian kepada pelajar Islam, di sebuah sekolah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, beberapa hari lalu, tidak boleh dipandang ringan.
Jika pengedaran bible itu dibuat di lokasi sekolah, bermakna ia menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran.
Sebagaimana gambar yang dipaparkan, pihak pengedar tidak memilih sasaran mereka, sebaliknya ia lebih cenderung kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar Melayu-Islam.
Blog SungaiPerak, melaporkan seorang pekerja berusia 50-an bersama seorang rakan sekerja yang mahu keluar rehat melihat gelagat dua lelaki berusia 40-an dan 60-an mengedarkan bible kepada pelajar sebaik tamat waktu persekolahan.
Katanya, “Saya lihat dua lelaki mengedar buku kecil kepada setiap pelajar Islam yang keluar dari kawasan sekolah.”
“Pada mulanya, saya tertanya-tanya apa buku yang diberikan kepada pelajar sehinggalah saya membukanya dan melihat ia adalah kitab bible.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi di kawasan sekolah kerana ia menggugat sensitiviti masyarakat beragama Islam,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Sekolah Tinggi Bukit Mertajam.
Menteri Hal Ehwal Agama, di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusuf Rawa nampaknya memandang ‘acuh tak acuh’ terhadap insiden yang dilihat sebagai mencabar Perlembagaan Persekutuan itu.
Dengan mudah beliau cuba mencairkan isu dengan mengatakan bahawa ia hanya melibatkan sebuah NGO.
Rakyat dan umat Islam tidak sebodoh itu, kerana mereka tahu ia adalah agenda terancang daripada pihak gereja tetapi ‘ada yang baling batu, kemudian menyembunyikan tangan.’
Rakyat dan khalayak media tahu bahawa di sebalik insiden ini ada gereja yang menjadi dalang, apatah lagi dalam kalangan pemimpin DAP terdapat ramai penganut agama Kristian Avengalist.
Kenyataan bahawa gereja berhampiran tidak terlibat dalam gerakan mengedar kitab bible itu sekadar menafikan agenda terancang mereka.
Laporan polis hendaklah dibuat, meskipun rakyat tahu pihak Peguam Negara akan menolak kes sebegini kerana dia sendiri beragama Kristian, apatah lagi apabila dia dijunjung tinggi oleh kepimpinan DAP.
Pihak Mujahid hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap golongan biadap yang cuba menikam perasaan kaum muslimin di negara ini.
Selain itu Menteri Dalam Negeri juga mesti peka dan mengambil tindakan yang sewajarnya, sekiranya beliau seorang umat Islam. Tindakan mestilah diambil mengikut lunas undang-undang dan bukannya menutup mata dan telinga begitu sahaja.
Persoalannya kenapakah pengedaran bible sebegitu tidak dibuat di majlis-majlis yang tetamunya adalah masyarakat bukan islam? Kenapa harus dibuat di sekolah yang menjadikan golongan remaja sebagai sasaran?
Apakah mereka sudah bosan dan gagal memujuk golongan yang matang, maka sekarang menjadikan remaja sekolah pula sebagai sasaran?
Adakah masyarakat bukan Islam juga sudah bosan dengan ajaran agama, malah lebih suka kepada ideologi liberalisme yang menghalalkan LGBT, pesta Arak dan maksiat yang dilakukan pada premis peribadi?
Jelaslah ia merupakan satu provokasi yang amat menyakitkan dan melukaparahkan hati umat Islam di negara ini.
Setelah pesta arak Oktober Fest dibantah, ICERD ditentang dengan demonstrasi, LBGT dikritik keras, pihak istana dihina, kini mereka mengatur strategi provokasi melalui pengedaran bible di sekolah-sekolah pula.
Kita jangan terkejut sekiranya, suatu hari nanti, mereka akan mengetuk pintu setiap rumah untuk menjemput ke gereja, sebagaimana berleluasa berlaku di Singapura, tanpa mengira apa juga kepercayaan yang dipegang oleh tuan rumah.
Kita belum lagi membicarakan gejala tawaran kewangan sekiranya ada yang sudi datang ke gereja dan mengistiharkan murtad.
Kita percaya bahawa sebagai umat Islam yang amat menjaga keimanan, tauhid, dan aqidah, setiap muslimin amat marah, walaupun perasaan itu masih boleh dikawal.
Jika sesi provokasi sedemikian berterusan, jangan terkejut jika umat Islam memberontak dan bertindak ganas.
Golongan kurang ajar ini sebenarnya mengundang rusuhan kaum.
******
Tinggalkan Jawapan