Oleh Ye Lin Sheng
Apa yang akan kami catatkan di bawah ini adalah luahan rasa dan pandangan daripada wacana minda Ye Lin Sheng penulis ‘The Chinese Dilemma’ yang juga merupakan ahli perniagaan daripada China.
Kami amat setuju dengan kebanyakan pandangan beliau yang agak ekslusif dan empirikal berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang usahawan dan ahli perniagaan yang mempunyai banyak cawangan syarikatnya di seluruh Asia Tenggara.
Kebanyakan pandangan beliau adalah merupakan perbandingan sikap kaum Cina di negara-negara berkenaan dengan sesetengah ahli masyarakat kaum Cina Malaysia yang angkuh, sombong dan tidak sedar diri tentang kedudukan mereka dalam sejarah serta tolak-ansur kaum Melayu semasa penubuhan Persekutuan Malaysia.
Kaum Cina di Malaysia tidak dilayan secara kekerasan sebagaimana ribuan telah dibunuh di Indonesia kerana gagal mematuhi Sumpah Pemuda dan gagal tunduk kepada perjanjian budaya dan etnik ‘Bangsa Indonesia’.
Bagi Ye Lin Sheng orang Cina di Malaysia adalah kaum Cina yang paling buruk berbanding dengan kaum Cina di negara-negara Asia Tenggara lain, kerana sikap tamak haloba, tidak tahu berterima kasih, kejam, serta mengkhianati Perlembagaan Persekutuan khususnya tentang hak keistimewaan kaum Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam.
Antara intipati yang dicatatkan oleh YE LIN SHENG adalah seperti berikut:
- PENGIKTIRAFAN ORANG CINA
Orang Cina Malaysia lebih mudah menerima dominasi kaum Inggeris dan dengan itu mereka memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka atas hakikat bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Sesiapa sahaja daripada kalangan orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima konsep ‘ketuanan Melayu’ kerana mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik daripada orang Melayu, meskipun bumi Malaysia ini pada hakikatnya adalah ‘Tanah Melayu’
- KEANGKUHAN ORANG CINA
Keangkuhan orang Cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah dan hina terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu yang sebenarnya lebih berketrampilan bekerja dan lebih bijak dalam hal pelajaran berbanding kaum Cina di Malaysia. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia sebegini. Sikap mereka yang suka yang mengumpat, cakap belakang-belakang dan mengutuk kaum Melayu tidak akan menyuburkan dasar perpaduan kaum di Malaysia. Sesiapa sahaja dalam kalangan orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan belot kepada bangsa Cina sendiri.
- SIKAP PERKAUMAN ORANG CINA
Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat dan berjaya menindas orang Melayu tetapi sebaliknya dalam masa yang sama mereka menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Orang Cina jarang mahu memperakui kejayaan Malaysia sebagai kejayaan orang Melayu. Apa yang ada pada minda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini sebagai usaha orang Cina. Sebab itu orang Cina yang berasal dari China tidak suka bergaul dengan kaum Cina Malaysia kerana sikap cauvinis mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunisme.
- PENGHINAAN ORANG CINA TERHADAP KAUM MELAYU
Sehingga ke hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan caci-maki yang menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu digelar dengan istilah ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’, yang bermakna, ‘bangsa yang tidak bertamadun’. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi bekerja sebagai tentera atau polis kerana menganggap pekerjaan tersebut sebagai kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan tisu untuk membersihkan najis mereka sebagai budaya yang dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan Inggeris’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera.
- SIKAP NEGATIF ORANG CINA TERHADAP KAUM MELAYU
Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan kaum Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu sedangkan mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang Cina yang suka menipu dan oportunis. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu adalah peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap kaum Cina sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat bahawa orang Melayu lebih pandai daripada mereka menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat.
- ISU MELAYU SEBAGAI TUAN RUMAH
Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Hakikatnya adalah kaum Melayu selaku tuan rumah, manakala kaum Cina dan India hanyalah tetamu ataupun boleh diistilahkan sebagai menumpang kerana pada suatu ketika dahulu mereka tiada tempat untuk bermastautin. Orang Cina Malaysia sepatutnya malu kerana pada saslnya telah datang ke Tanah Melayu menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta sehelai sepinggang. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan kontrak sosial dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatanbangsa saya tercalar.
- ORANG MELAYU SEBENARNYA SEDANG DIJAJAH KAUM CINA
Antara keistimewaan orang Melayu adalah sifat mereka sebagai bangsa yang bersopan-santun dan penyabar. Sudahlah mereka bersusah-payah berjuang untuk membebaskan diri daripada penjajahan barat, kini mereka dibebani dengan kaum pendatang yang angkuh dan tidak mengenang budi. Sekarang mereka terpaksa bertungkus-lumus dalam sektor ekonomi yang jelas dikuasai oleh kaum Cina. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan. Selaku rakyat China yang berbangsa Cina, saya berasa amat malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang Cina terlalu keras, ekstrim oportunis, cauvinis, perkauman dan tidak tahu berterima kasih. Sebagai kaum Cina yang tinggal menetap di tanah besar China, kami tidak menerima ideologi komunisme, tetapi sebaliknya orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi komunisme. Sebenarnya, jujur saya mengatakan bahawa orang Cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh mereka yang nyata.
KESIMPULAN
Dengan sedikit intipati yang dipetik daripada “The Chinese Dilemma” sebagaimana tercatat dan dibincangkan di atas, kaum Melayu di Malaysia, terutamanya kerajaan PH yang dilihat menjadi kaldai kaum Cina dan cauvinis Cina DAP, hendaklah sedar dan janganlah hanya berdiam diri.
Bagi pejuang kaum Melayu daripada parti politik pembangkang, mereka juga haruslah sedar dan berwaspada dengan gerakan dan sikap kaum Cina ini baik secara tertutup apatah lagi secara terbuka, supaya nanti rebung tidak menjadi buluh, nasi tidak menjadi bubur, dan kudis tidak menjadi pekung bernanah.
Sudah banyak tindakan lupa daratan cauvinis Cina yang mahu memadamkan hak dan keistimewaan Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam, apatah lagi membolot kekayaan negara untuk tembolok mereka semata-mata.
Antara gejala yang sedang berlaku secara terang-terangan yang mencabar Perkara 152, 153 dan 160 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:
- Biadap mengkritik Raja-Raja Melayu, untuk menunjukkan kederhakaan mereka
- Memperjuangkan penghapusan hak Melayu melalui ratifikasi konvensyen ICERD PBB supaya semua kaum dilayan sama rata
- Cuba melunturkan falsafah ‘Ketuanan Melayu’ dan menolak bahawa negara ini adalah ‘Tanah Melayu’
- Memansuhkan sistem keutamaan kontrak kerajaan kepada kaum Melayu dan jawatan perkhidmatan awam kepada kaum Melayu
- Kaum Cina tidak mahu menyertai perkhidmatan Polis dan Tentera
- Memperkukuhkan penggunaan bahasa Cina sebagai syarat dalam iklan pekerjaan
- Memperkukuhkan penggunaan bahasa Cina dalam urusan rasmi
- Memperuntukkan lebih banyak dana untuk sekolah-sekolah Cina dalam ‘Bajet 2019’
- Cuba menentang dan mencairkan undang-undang Islam yang melarang murtad dalam kalangan umat Islam
- Memperjuangkan falsafah kesamarataan komunisme
- Mencambahkan gejala LGBT
- Menyarankan agar ajaran sesat Syiah diterima
- Menuntut kesamarataan agama atau pluralisme agama
- Menuntut kesamarataan etnik yang cuba mengetepikan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia
- Melantik Ketua Hakim dan Peguam Negara daripada kalangan kaum Bukan-Islam
- Menuntut liberalisme yang meliputi soal kemusnahan akhlak
- Mengetepikan penggunaan Bahasa Melayu

- Suara-suara sumbang yang cuba mengangkat sistem Republik
- Secara rahsia menarik umat Islam ke dalam agama Kristian
- Mempercambahkan pembinaan pusat maksiat seperti hotel bajet, rumah urut dan sarang pelacuran
- Menggalakkan aktiviti yang bertentangan dengan agama Islam seperti perhimpunan LGBT dan Acara Tahunan Pesta Arak ‘October Fest’
- Mengusulkan bahawa kaum Melayu adalah pendatang di negara ini
- Menolak dan mendiskriminasi pekerja Melayu dalam syarikat dan perusahaan milik kaum Cina
- ..dan banyak lagi
****
Tinggalkan Jawapan