MAHATHIR AKAN UMUMKAN PADA DUNIA “NAJIB TIDAK BERSALAH, MAAFKAN DOSA SILAM SAYA”

Pada tahun 1998, Malaysia seakan-akan berpotensi dilanda ‘13 Mei II’, dengan gerombolan reformis jalanan pimpinan DS Anwar Ibrahim yang berani dan ganas.

A A AMAAFKAN SAYA 1

Semuanya digerakkan untuk menentang Mahathir, kalau boleh mereka mahu Mahathir mati.

Maka terpantullah di seluruh negara, pelabelan “Mahazalim, Mahafiraun, Kepala Perompak, Nepotisme, Kolusi, Korupsi, Kronisme” yang cuba membunuh karektor Mahathir.

A A AMAAFKAN SAYA 2

Namun dengan kuasa yang dimiliki Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu, Anwar berjaya diheret ke penjara atas tuduhan salah guna kuasa, tetapi gagal mengheret Anwar atas kesalahan sodomi.

Walau bagaimanapun rakyat tahu, Anwar disumbat ke penjara, bukanlah sangat kerana kesalahan salah guna kuasa tetapi lebih kepada kegagalan Anwar tunduk kepada kehendak Mahathir melampiaskan nafsu wang ringgitnya dalam banyak hal.

Mahathir sendiri merupakan kepala perompak yang berjaya merompak wang negara dan rakyat melalui kroni-kroninya untuk mengayakan golongan klepotokrat terpilih serta nepotisme yang menjulang kekayaan anak-anaknya.

A A AMAAFKAN SAYA 3

Orang kanan Anwar ketika itu pula, DS Zahid Hamidi berani mengkritik secara terang-terangan mekanisme kronisme Mahathir.

Lantas kebencian Anwar terhadap Mahathir terus melantun ke tahap yang amat tinggi, seakan-akan Mahathir adalah musuh dunia akhirat, begitulah juga kemarahan Mahathir kepada Anwar.

A A AMAAFKAN SAYA 4

Mahathir lantas bertindak seperti firaun seakan-akan bertepatan dengan label Mahazalim dan Mahafiraun yang dicaletkan pada wajah mirip India yang ada padanya.

Mahathir berjaya mempengaruhi rakyat bahawa Anwar mengamalkan korupsi, Anwar pengamal sodomi (gay), Anwar tidak layak diangkat sebagai Perdana Menteri, sehingga konconya, Khalid Jefri menerbitkan buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri”.

Pada 2004, ketika Tun Abdullah menjadi PM menggantikan Mahathir, beliau telah berusaha membantu membebaskan Anwar.

Anwar juga telah menubuhkan Parti Keadilan Rakyat atau PKR yang menggunakan logo “mata satu” sebagai simbol parti. Ia membangkitkan kecurigaan umum kerana simbol mata satu adalah simbol dajal yang amat popular dalam kalangan Yahudi, Israel.

A A AMAAFKAN SAYA 5

Kemudian Malaysia dikejutkan pula dengan kes Sodomi II Anwar.

Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura telah memperakui, daripada maklumat perisik negaranya, Anwar telah masuk perangkap Sodomi II, yang dirancang rapi. Namun siapakah yang memasang perangkap tersebut?

Singapura juga benci pada Mahathir yang sombong dan angkuh yang cuba mengganggu urusan dominasi pelabuhan Singapura dengan projek Jambatan Bengkok Mahathir.

Namun Singapura tidak mahu masuk campur kecuali menjadi hub transisi RM2 bilion dana bantuan Yahudi kepada DAP bagi membiayai urusan pilihan raya.

Siapakah yang telah memerangkap Anwar itu? Siapakah yang amat takut sekiranya Anwar berjaya merampas tampuk pemerintahan daripada UMNO-BN? Siapakah yang seringkali diugut oleh DAP dan konco-konco Anwar sendiri untuk diheret ke penjara sekiranya pembangkang (Pakatan Rakyat) ketika itu menang?

Kita tidak nampak watak Najib yang baik sebagai dalang perangkap itu.

Kita pun terasa bahawa Anwar bukanlah marah sangat pada UMNO, kerana yang menjadi musuh musibat Anwar adalah tidak lain dan tidak bukan, Mahathir juga.

Dengan kes Sodomi II, lagi sekali Anwar diheret masuk ke penjara. Sukalah Mahathir kerana ketakutannya terhadap kuasa Anwar terus terubat.

Namun Mahathir nampak, pada PRU14 yang lalu, rakyat sudah bosan dengan UMNO yang dikotorkan oleh Mahathir sendiri.

Mahathir terus menyusun langkah kerana, sebagaimana ketakutannya terdahulu, dia tidak mahu Anwar atau DAP berkuasa. Sekiranya mereka berjaya, pastinya, dialah yang akan diheret ke penjara sebagaimana dijanjikan oleh mendiang Karpal Singh, Lim KIt Siang, Wan Azizah, dan juga Anwar.

A A AMAAFKAN SAYA 6

Mahu tidak mahu Mahathir terpaksa berdrama. Dia tahu rakyat membencinya kerana dia memusuhi dan menganiaya Anwar. Dengan perkiraan sekiranya dia tidak memusuhi Anwar, pasti rakyat akan menerimanya. Teori dan hipotesis sedemikian, menjadi realiti. Dia bertukar watak, dia juga bertukar wajah.

Maka keluarlah kenyataan “Anwar dizalimi, Anwar tidak bersalah. Saya memohon maaf atas dosa silam saya.”

A A AMAAFKAN SAYA 7

Mudahnya pentas politik Malaysia diperbodohkan oleh Mahathir dengan rakyat yang dia cap tera sebagai ‘uneducated’ atau ‘tidak berpelajaran’ dan label popular “Melayu mudah lupa.”

Segala api perbalahan yang menyemarak bagaikan letupan gunung berapi Anwar-Mahathir terus padam begitu sahaja.

Pejuang-pejuang reformasi Anwar juga kecewa dengan penerimaan Mahathir dalam kem pembangkang ketika itu. Malah ada yang menuduh Anwar sebagai bacul kerana sanggup menerima Mahathir sebagai rakan yang selama ini amat mereka benci.

Apakah dengan percaturan sedemikian juga, pada suatu hari nanti Mahathir akan mengumumkan bahawa “Najib tidak bersalah. Najib dizalimi. Saya memohon maaf atas dosa silam saya”?

Besar kemungkinan sedemikianlah adanya sekiranya dia masih hidup. Tapi biasanya umur firaun amat panjang.

*END*

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: