SIDANG PARLIMEN: SYIAH SUDAH MENULAR DI UNIVERSITI DAN SEKOLAH

Beberapa hari lalu, Ahli Parlimen Pengkalan Cepa, YB Ahmad Marzuk Shaary telah melontarkan persoalan ajaran sesat Syiah kepada Menteri Hal-Ehwal Agama, YB Dr Mujahid Yusuf Rawa dengan pandangan yang agak mengejutkan.

Ahmad Marzuk telah membangkitkan kenyataan Ahli Parlimen Batu Kawan, YB Kasthuriraani Patto dari DAP, dalam sidang sebelumnya yang mahu kerajaan PH membenarkan ajaran Syiah dalam kalangan orang Islam, sebagai menghormati dasar kebebasan beragama.

Bagi Kasthuriraani, kebenaran ini adalah sebahagian daripada hak yang boleh diamalkan oleh orang Islam dengan erti kata bahawa orang Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk mengamalkan ajaran sesat, malah kebebasan murtad sekalipun.

Ahmad Marzuk juga membangkitkan isu buku yang mengandung unsur-unsur Syiah tulisan pensyarah Universiti Malaya, Faisal Tehrani, yang telah diharamkan oleh KDN, namun terdapat kecenderungan daripada pihak Peguam Negara, untuk menarik balik pengharaman tersebut.

Menteri Agama, Mujahid Yusuf Rawa menjelaskan bahawa pandangan Kasthuriraani Patto hanyalah pandangan peribadi.

Amatlah mencurigakan, bagaimanakah parlimen boleh menjadi medan untuk mengemukakan hal peribadi sedangkan parlimen adalah dewan yang bertanggungjawab untuk membentuk undang-undang.

Malah dalam konteks bahasa Inggeris ahli-ahli parlimen adalah “law makers” atau pengubal undang-undang. Ia bukannya kedai kopi untuk membangkitkan hal-hal peribadi yang tiada kena-mengena dengan kepentingan rakyat.

Dalam isu yang sama, Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Siti Zailah Mohd Yusuf, juga mempersoalkan ketegasan pihak kerajaan PH yang tidak bersungguh-sungguh dalam soal menangani penyerapan ajaran sesat Syiah di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti awam.

Dipetik dari ISMAWEB

Mujahid meminta bukti sekiranya benar ada ajaran sesat Syiah yang telah menular di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti awam.

Kenyataan Mujahid mendedahkan kelemahan kerajaan PH kerana sepatutnya kerajaan PH mempunyai mekanisme yang utuh dan efisien untuk mengesan ajaran sesat ini bukannya bergantung kepada ahli parlimen lain untuk menyelidik dan membawa bukti di parlimen, meskipun itu bukanlah perkara yang ditegah.

Malangnya isu ajaran Syiah ini seperti mendapat restu daripada kerajaan PH apabila Menteri Pertahanan dan Pemimpin Kerajaan PH di Melaka dikatakan adalah penganut ajaran Syiah.

Rakyat juga melihat dengan penuh kegusaran apabila Perdana Menteri menerima dana RM2 bilion daripada kerajaan Iran. Apakah komitmen kerajaan kepada negara Syiah itu, untuk tujuan apakah dana yang besar jumlahnya itu dilaburkan?

Kemudian rakyat lihat hubungan diplomatik negara yang kian luntur dengan kerajaan Arab Saudi yang merupakan musuh kepada ajaran Syiah dan memperjuangkan pegangan Ahlul Sunah Waljamaah.

Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman yang dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi di Putrajaya telah ditutup baru-baru ini. Tentera Malaysia yang bertugas menjaga keamanan di Riyadh juga telah dipanggil pulang.

                      Dipetik dari Astro Awani

Di tengah-tengah isu Syiah ini, berbangkit pula isu ratifikasi konvensyen ICERD yang cuba dimaktubkan di parlimen atas cadangan Ahli Parlimen Batu Kawan (DAP) Kasthuriraani Patto. Ratifikasi ini akan membuka ruang kebebasan agama termasuk kepada penganut Islam.

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman-damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Sememangnya hak kebebasan beragama kepada semua rakyat Malaysia telah diberikan, namun dalam hal Perkara 3 (1), Perlembagaan Persekutuan, prinsip dan dasar agama Islam hendaklah dihormati. Agama Islam tidak membenarkan murtad.

Jika rakyat menerima pakai Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, terutama dalam perkara yang mengizinkan agama selain Islam diamalkan dengan aman dan damai, maka parlimen juga mesti meratifikasi perkara yang memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan, termasuk Perkara 11(4) berkaitan agama Islam.

Agama Islam tidak membenarkan penganutnya bertukar agama, sedangkan kesamarataan yang disebut dalam ICERD itu ialah kebebasan beragama oleh semua individu, termasuk orang Islam khususnya orang Melayu. Jelas ia bertentangan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

        Dipetik dari MyNewsHub

Tidak hairanlah sekiranya rakyat melihat bahawa pemimpin Islam dalam kerajaan PH sudah menjadi kaldai DAP dan kaldai kepada pemimpin bukan-Islam di parlimen apabila ajaran Syiah ditangani tanpa ketegasan.

DAP juga sedang berusaha mencairkan kuasa JAKIM, malah sudah ada desakan untuk membubarkan JAKIM.

Rakyat tidak nampak pun suara ahli parlimen Islam daripada kerajaan PH yang menentang Kasthuriraani Patto dan peka terhadap penularan ajaran sesat Syiah.

Sebaliknya ada pemimpin PH yang mahu menghapuskan ‘ketuanan Melayu’ yang juga bererti ‘ketuanan penganut Islam’ di negara ini.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: