A SAMAD SAID: KERAJAAN ‘HARAPAN KOSONG’

Image result for A Samad Said Kecewa dengan Kerajaan PHSasterawan Negara (SN), Datok Seri Abdul Samad Said yang sebelum ini sering kelihatan bersama dalam demonstrasi jalanan BERSIH dan condong kepada Pakatan Harapan, kini sudah melihat kegenjotan kerajaan PH yang gagal merealisasikan ‘harapan’ rakyat.

SN A Samad Said meluahkan perasaan kecewa dan kesedihannya melalui bait-bait puisi beliau: ‘Bila akan ada harapan, adakah harapan itu kosong, seperti Pakatan Harapan?’.

Beliau juga merasai bahawa Sasterwan Negara tidak dihargai di tanah air sendiri dan terpaksa menjadi ‘sang peminta’ seakan-akan mengemis untuk mendapatkan secupak rezeki.

Bagi Samad, di Malaysia seseorang penulis itu sukar untuk meraih pendapatan bagi meladeni hidup dengan hanya bergantung kepada hasil penulisan, kecuali tulisan atau bukunya dijadikan teks di sekolah.

Bercakap semasa Program Kalam Karyawan Siri 2: Menelusuri Karya Sasterawan di Anjung Bestari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini, beliau menjelaskan, “Buku saya jarang digunakan (di sekolah) dan saya sudah beritahu Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik) minggu sudah.

“Saya mengerti, itu saja. Kita masih pada tahap mengerti tetapi belum lagi sampai tahap berbakti dan ini adalah kesedihan saya.

“Sebab itu saya banyak berlegar dalam khalayak Cina. Bukan mahu memuji tetapi sastera negara secara anehnya, dihidupkan oleh masyarakat Cina,” keluh Samad ketika ditemui.

Turut hadir dalam program tersebut ialah, Ketua Pengarah PNM, Datuk Nafisah Ahmad.

Dalam luahan perasaannya itu, Samad juga menyatakan, “Saya diberitahu dua karya saya kini dalam proses dicetak. Saya tidak mahu tanya (kepada mereka mengenainya).

“Bagaimanapun cukupkah (setakat) dua buku oleh SN berusia 86 tahun yang akan pergi pada bila-bila masa ini untuk diperkenalkan kepada anak cucu?

“Berbuih mulut bercakap dan saya akan tetap bercakap juga. Namun, saya tahu apa kesudahannya. Dunia sastera itu tidak dipandang dan itulah nanti akhirnya,” katanya.

Beliau menyimpulkan bahawa karya sastera kini khususnya hasil penulisan Sasterawan Negara telah diketepikan namun menjadi tanggungjawab pejuang bahasa seni dan budaya untuk mengangkatnya semula.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: