KETUANAN MELAYU: SYED SADDIQ BUTA SITUASI KESAKSAMAAN ANTARA KAUM

Intipati utama ucapan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq pada Forum Ekonomi Belia 2018 di Pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 27 Oktober lalu antara lain adalah:

“Ini bukan lagi zaman ‘Ketuanan Melayu’ tetapi kita sudah masuk fasa baru di mana kita bincangkan tentang kesaksamaan semua, bukan kesamarataan tetapi kesaksamaan semua, its about equitable distribution of wealth, and equal extend of economic pipeline.”

Saddiq menggunakan kata kunci ‘kesaksamaan’ yang ditafsirkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai ‘keadilan’.

Makhluk yang datang dari DNA Arab ini lupa bahawa manusia Melayu semasa memperjuangkan kemerdekaan negara 1957 dan penubuhan Malaysia 1963 terpaksa menerima masuk kaum pendatang yang dibawa oleh penjajah British.

Bayangkan bagaimana terhimpitnya perasaan datuk-nenek kita dahulu menerima tetamu asing ke dalam rumah, dengan syarat, keistimewaan tuan rumah tidak dicabar, kedudukan agama tuan rumah tidak diganggu-gugat, kedudukan ‘ketua rumah’ juga tidak dipersoalkan.

‘Kontrak sosial’ sedemikian telah dipersetujui oleh datuk-nenek.

Namun kita lihat dalam keadaan ‘kesaksamaan semua’ yang dibawa oleh menteri mentah dan beringus ini, dia buta kesakmaan equiti, kesaksamaan ‘distribution of wealth’ dan kesaksamaan economic pipeline itu amat genjot dan senget kepada tetamu yang kini kita terima seperti ahli rumah tangga kita.

Dengan retorik politik cetek, Saddiq cuba menuding jari dengan sindiran bahawa, BN telah terlalu memberi muka kepada Melayu, seakan-akan mengabaikan kaum lain.

Dia tidak membuat kerja rumah untuk menyelidik siapakah yang yang tercorot dalam kesaksamaan ‘distribution of wealth’? Cuba lihat dan fahami graf di atas. 

Jadi adilkah data yang menunjukkan ‘distribution of wealth’ seperti di atas? Dengan itu juga bagaimana seharusnya kita kawal keadilan ‘economic pipeline’ itu?

Sememangnya ada inequality atau ketidaksaksamaan.  Ketidaksaksamaan itu tertimpa pada kaum Melayu-Bumiputera.

Dengan memadamkan kepentingan hak Melayu sebagaimana difahami sebagai ‘ketuanan Melayu’, Saddiq hingusan ini mahu kaum Melayu makan pasir dan merempak di negeri sendiri?

Sudahlah beberapa hari yang lalu isu ratifikasi ICERD cuba diterima pakai oleh kerajaan PH yang boleh diterjemahkan sebagai cuba mencairkan hak keistimewaan Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu. Kali ini melalui menteri hingusan ini PH hendak buang ke longkang ‘ketuanan Melayu’ pula?

Saddiq juga lupa bahawa bagi orang beragama Islam, ‘Ketuanan Melayu’ itu bukanlah condong hanya kepada persoalan ekonomi semata-mata, sebaliknya yang perlu diangkat ialah ketuanan bangsa-kaum Melayu yang terikat padanya agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

Cuba nyatakan di sini, dalam konteks survival agama Islam kaum manakah yang Saddiq hingusan ini mahu sandarkan? Kepada Cina? Kepada kaum India? Atau keturunan mamak seperti Mahathir?

Saddiq hingusan ini tidak lihat apa yang telah dibuat oleh PM ke-4 semasa dia berkuasa selama 22 tahun.

Dasar penswastaan PM ke-4 itu, hanya mengayakan 20-30 orang sahaja daripada 32 juta rakyat Malaysia!

Malangnya pemimpin inilah yang menjadi idola Saddiq yang buta ini, sedangkan orang inilah yang telah mencekek leher rakyat dan mengayakan kroni dan anak-pinaknya sahaja. Dialah kleptokrat yang sebenar-benarnya yang tiada roh Melayu sebaliknya kaya dengan DNA Kitul dan Raja Mandeliar.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: