KE MANA PERGINYA RM34 BILION RIZAB ANTARABANGSA BANK NEGARA?

Image result for lim guan eng SEDIH
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

Tun Mahathir amat bijak mengheret musuh politiknya dengan tuduhan pengubahan wang haram, rasuah, penyelewengan dana negara dan macam-macam lagi. Malah itulah modal pihak PH untuk menjatuhkan BN sebelum PRU14 tempoh hari.

Namun sebelum PRU14, rekod rizab antarabangsa Bank Negara semasa di bawah pentadbiran BN adalah USD110 bilion iaitu kira-kira RM460 bilion.

Catatan rizab tersebut adalah satu rekod lonjakan yang paling tinggi dalam sejarah.

Dipetik dari UtusanOnline

Ia menjadi amat aneh dan kontradik apabila Menteri Kewangan membuat kenyataan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan yang menakutkan yang boleh menyebabkan negara muflis. Malah persepsi tersebut telah membuat pelabur asing menarik balik pelaburan mereka, nilai ringgit mula jatuh, dan bursa saham Malaysia amat muram.

Anehnya pada akhir bulan lalu, jumlah rizab Bank Negara yang berjumlah USD110 dilaporkan telah susut kepada USD102.8 bilion atau susut daripada RM460 bilion kepada RM426 bilion.

Adakah penyusutan ini menunjukkan kelemahan kerajaan PH mengendalikan ekonomi negara?

Atau adakah kerajaan PH cuba mengelak kemarahan rakyat yang menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dengan isu pemandu teksi, isu maksiat peribadi, isu Ketuanan Melayu, isu ICERD, isu janji manifesto dan macam-macam lagi?

Susutan rizab sedemikian adalah suatu fenomena ekonomi yang serius yang harus diperjelaskan dengan penuh integriti dan tanggung jawab oleh kerajaan PH.

Kerajaan, terutamanya Kementerian Kewangan hendaklah jujur mendedahkan perbelanjaan kepada rakyat supaya tidak dituduh hipokrit, sedangkan kepimpinan kerajaan terdahulu diheret ke mahkamah saban hari, untuk memberi persepsi bahawa mereka merompak wang negara.

Lim Guan Eng pernah mencanangkan bahawa kerajaan BN hanya meninggalkan RM450 juta untuk kerajaan PH menguruskan perbelanjaan negara termasuk gaji untuk 1.6 juta kakitangan awam yang memerlukan kira-kira RM8.55 bilion setiap bulan.

Tiada lain yang rakyat lihat kecuali pembohongan yang menjadi budaya pengurusan kerajaan PH setelah merosotnya pendapatan negara lebih daripada RM20 bilion setelah GST dimansuhkan.

Kecacatan kerajaan PH menguruskan ekonomi negara itu satu hal, tetapi sikap hipokrit juga menjadi persepsi rakyat kerana kerajaan PH pandai berlakon dalam hal mengorek kes penyelewengan dana dan pengubahan wang haram. Ia diasak pula dengan kegagalan PH menunaikan janji-janji ekonomi sebagaimana yang dimaktubkan dalam manifestonya.

*****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: