AGENDA HALUS SUPAYA MAHATHIR TERUS MEMERINTAH

Zahid Mad Arip, Setpol Mahathir

Agak lucu apabila mendapat tahu bahawa terdapat usaha untuk memastikan Tun Mahathir terus memegang kuasa selama sepenggal (lima tahun).

Hal ini pastinya bertentangan dengan persetujuan pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum PRU14. Malah usaha tersebut pastinya akan membangkitkan kemarahan penyokong DS Anwar yang sememangnya sudah mual dengan peranan Mahathir sebagai kaldai DAP.

Bekas ‘Mursyidul Am’ TIBAI (Tolak Individu bernama Anwar), Zahid Md Arip yang kini Setiausaha Politik (Setpol) kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikenali seorang yang vokal dari dulu sampai sekarang, dilihat sedang cuba menyuntik agenda halus untuk melanjutkan tempoh kuasa Mahathir.

Dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kota Bharu, Zahid Md Arip telah melontar cadangan agar Anwar memujuk Dr Mahathir terus pegang jawatan sehingga habis penggal iaitu selama lima tahun, bukan dua tahun sebagaimana dijanjikan sebelum ini.

Khalayak politik tidak hairan dengan cadangan itu kerana Zahid Md Arip juga perlu menjaga dan menyambung periuk nasi beliau kerana dia adalah Setpol Mahathir.

Sekiranya Mahathir tiada lagi berkuasa, maka sumber pendapatan dia juga akan terjejas.

Lucu sekali kerana Zahid Md Arip mahu meminta DS Anwar memujuk Mahathir supaya menyambung tugasnya sebagai Perdana Menteri sehingga tamat satu penggal (lima tahun).

Ironinya, Mahathirlah yang sepatutnya memujuk Anwar supaya membenarkan dia melanjutkan tempoh jawatannya sebagai Perdana Menteri. Namun lain pula yang membelit kepala otak Zahid Md Arip.

Sedangkan media juga heboh bahawa Anwar tidak akan mahu menunggu lama untuk menggantikan Mahathir sebagaimana termaktub dalam perjanjian PH dan Mahathir.

Dalam keadaan negara yang tegang dengan protes dan rungutan rakyat terhadap kelemahan, penyelewengan dan kezaliman kerajaan PH, adakah Anwar sanggup membiarkan kuasa Mahathir berterusan sehingga lima tahun pula?

Sebagaimana eskapisme seorang ahli politik yang bankrap idea dan akan membangkitkan kemarahan penyokong Anwar, Zahid Md Arip menjelaskan bahawa rancangan memujuk Anwar itu adalah semata-mata pandangan peribadinya sahaja.

Zahid menilai langkah itu wajar kerana usaha menyusun dan memulihkan pentadbiran negara yang sedang dilakukan Dr. Mahathir ketika ini rumit dan tidak boleh disempurnakan dalam tempoh dua tahun.

Sememangnya rumit kerana banyak kelemahan kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang paling tidak stabil di dunia.

Bagaimanakah seorang Perdana Menteri uzur berusia 93 tahun yang hanya mempunyai 13 ahli parlimen dalam partinya boleh menguasai pakatan politik yang berjumlah 121 kerusi parlimen. Partinya hanyalah melukut di tepi gantang.

Bila-bila masa sahaja pihak yang sedang melihat kekecohan, protes dan penderitaan kos sara hidup rakyat boleh mencadangkan undi tidak percaya kepada Mahathir yang sudah terkenal sebagai diktator selama 22 tahun dia berkuasa dahulu.

Bertambah lucu lagi bila Zahid Md Arib berkata, “Saya fikir kalau Tun Dr. Mahathir masih sihat dan mampu, bagi peluang beliau selesaikan hal pentadbiran negara dalam tempoh satu penggal, iaitu kira-kira lima tahun. Nak pulih negara bukan boleh setahun dua. Biarlah beliau lengkapkan dulu.”

Apa yang rakyat faham, Mahathir memerlukan banyak masa lagi untuk melaksanakan program kleptokrasi, kronisme dan nepotisme, disamping melampiaskan dendam kesumatnya terhadap UMNO, sedangkan masa yang ada baginya amat terhad.

Dua tahun tidak cukup bagi Mahathir dan mahkamahnya untuk mengheret penentang politiknya ke penjara serta operasi dakyah fitnahnya terhadap hutang negara, negara nak bankrap, nilai ringgit jatuh merudum dan pelabur pula sedang berpindah ke negara lain.

Pastinya dua atau tiga tahun lagi dia akan mengisytiharkan bahawa ekonomi negara sudah pulih dan dialah juara yang memulihkan kegawatan ekonomi itu. Dia tidak mahu rakyat melihat Anwar sebagai juara sedangkan ekonomi negara sejak ditinggalkan oleh BN, sememangnya kukuh dan amat stabil.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: