MAHATHIR MEROYAN RAYU AHLI UMNO

Lolongan Tun Mahathir menjemput ahli-ahli UMNO menyertai PPBM bukanlah perkara aneh.

Kedudukan PPBM yang merupakan melukut di tepi gantang PH sudah boleh menjelaskan relevannya lolongan itu.

Pada dasarnya, Mahathir sendiri melihat UMNO dan ahli-ahli UMNO itu begitu jijik, kotor, bagaikan gelandangan yang tiada tempat berteduh.

Sikap Mahathir lebih bertunjangkan dengki khianat dan dendam. Sebab itulah rakyat melihat sekarang serangan bertubi-tubi terhala kepada pemimpin UMNO sahaja.

Rasa takut harus dibina pada kalangan ahli parlimen UMNO dan rasa takut itu boleh mendorong mereka untuk menyertai PPBM.

Bagi jangka pendek, Mahathir meletakkan syarat bahawa mana-mana ahli UMNO yang menyertai PPBM tidak boleh bertanding untuk apa-apa juga jawatan dalam parti itu untuk tempoh waktu tertentu.

Syarat tersebut akan membantutkan keinginan golongan kelas menengah untuk menyertai PPBM, namun bagi orang kampung yang inginkan jawatan ketua kampung mungkin mereka akan tertarik dengan tawaran Mahathir.

Dalam pada itu ada juga yang berhasrat hendak masuk PPBM kerana mahukan kontrak projek kerajaan, tetapi malangnya seperti yang dipekikkan oleh Lim Guan Eng, kerajaan PH tak ada duit, dan projek-projek besar sudah tidak ada kerana kekangan ekonomi (bohong belaka).

Mungkin ada juga yang mahu mendapatkan jawatan-jawatan penting dalam syarikat-syarikat kerajaan tetapi malanglah juga kerana PH sudah menetapkan bahawa jawatan-jawatan penting dalam syarikat kerajaan akan diterajui oleh golongan profesional, bukannya sekadar ahli parti.

Apabila Mahathir memberi jaminan bahawa PPBM akan menjadi pelindung dan menjaga kepentingan orang Melayu, ia dilihat sebagai lucu dan mengelirukan.

Meskipun PPBM mendukung matlamat untuk memperjuangkan kedudukan agama Islam dan agenda Melayu, tetapi hakikatnya PPBM terikat dengan hala tuju PH, manifesto PH, dasar PH yang memperjuangkan falsafah kesamarataan, meritokrasi, pluralisme agama, reformasi undang-undang, dan mengganggu kedudukan serta peranan JAKIM. Malah PH cuba membela LGBT dan membenarkan maksiat kerana ia diterjemahkan sebagai hal peribadi.

Dalam isu ratifikasi ICERD baru-baru ini, PH mempunyai kecenderungan untuk memadam hak dan keistimewaan kaum Melayu-Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Perkara 153 dan 160 dalam Perlembagaan Negara kini terancam dengan hala tuju PH yang didorong oleh DAP.

Jadi buta dan tulikah Mahathir yang cuba mengatakan PPBM sama dengan UMNO dari aspek dasar dan falsafah perjuangan?

Kita lihat perbezaan UMNO dan PPBM seperti bumi dan langit.

UMNO adalah tunjang BN, UMNO tidak mudah tunduk kepada tuntutan gila yang cuba membunuh kedudukan Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam.

Sebaliknya cubalah Mahathir teropong, penghinaan yang dibuat oleh golongan dalam PH terhadap Raja-Raja Melayu, pelantikan Ketua Hakim Negara yang mempunyai rekod menentang undang-undang syariah, dan Peguam Negara yang menjadi pembela Ketua Parti Komunis Malaya.

Cuma satu hal sahaja yang menjadi kekangan UMNO, iaitu bekas presidennya gagal mempertahankan dirinya daripada tuduhan rasuah dan kleptokrasi.

Tetapi Mahathir pandai dan licik sebagaimana kata The Third Force, “Mahathir adalah penipu terhebat yang pernah wujud di Malaysia”, sedangkan rakyat yang cerdik dapat melihat bagaimanakah seorang pemimpin kleptokrat telah merompak wang negara selama 22 tahun semasa dia menjadi Perdana Menteri.

Dasar UMNO dan BN adalah dasar yang telah diterima oleh rakyat selama lebih 60 tahun. Rakyat memenangkan PH bukan kerana rakyat menentang dasar BN-UMNO, tetapi rakyat menentang DS Najib yang gagal menangani tuduhan rasuah terhadapnya oleh dakyah pemimpin licik dan penipu.

Mahathir sendiri telah mengaku dia terpaksa menerima dasar pluralisme daripada DAP, dan sosialisme daripada PKR yang jelas terkelencong daripada kepentingan Islam dan Melayu-Bumiputera.

Dengan itu jelaslah bahawa PPBM gagal menolak tekanan DAP dan PKR kerana PPBM hanyalah melukut di tepi gantang.

Hayat PPBM hanya bergantung kepada Mahathir. Mahathir sekarang ini sedang mengejar masa kerana dia sudah pun berusia 93 tahun. Banyak hal kesihatan dirinya yang amat kritikal disembunyikan.

Sekiranya Mahathir mati, hayat PPBM juga akan mati.

Parti Amanah pula hanyalah parti anak angkat DAP yang tumpang menenggek pada dahan DAP untuk tarik orang Melayu-Islam. Sedangkan DAP sudah amat jelas adalah parti cauvinis Cina yang mesti ditolak oleh orang Melayu-Islam.

Jadi bodohlah ahli-ahli UMNO yang menerima jemputan PPBM, sebaliknya lebih bijak sekiranya mereka menyertai PKR. Malangnya PKR adalah parti multietnik yang lemah dalam hal mempertahankan hak Melayu.

Rakyat nampak sekarang, DS Anwar diam sahaja dengan tindak-tanduk Mahathir yang cuba meningkatkan suara dan kuasanya sebagai pemimpin parti melukut di tepi gantang.

Mahathir tahu bila dia tiada nanti, PPBM pun akan mati bersamanya. Anaknya Mukhriz tidak boleh diharap. Namun ada juga usaha sekarang ini untuk meletakkan Mukhriz dalam kabinet menggantikan Muhyiddin Yassin yang sedang sakit.

Biarlah Mukhriz berada dalam kabinet, kesannya hanyalah kesan melukut di tepi gantang juga.

Tidak guna Anwar nak kelam-kabut lagi kerana Mahathir sudah berada di hujung usianya.

Anwarlah yang akan berkuasa, bermakna PKR-lah yang dominan.

Akhir sekali, UMNO tidak boleh dibubarkan. Rakyat hanya menentang pemimpin yang gagal menangani tuduhan rasuah dan amalan kleptokrasi (mungkin semuanya fitnah).

Sebaliknya rakyat tidak menentang dasar dan falsafah perjuangan UMNO-BN yang sudah berakar umbi dalam hidup dan hati sanubari mereka.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: