HARAM BAGI UMAT ISLAM SOKONG KERAJAAN PH

A A A HARAM SOKONG PH

Oleh Kiai Manjoi

Kiai kadangkala merujuk dan menonton juga dakwah dalam talian, seperti sesi ceramah dakwah Dr Maza, Dr Zakir Naik serta golongan ulama dalam negara dan juga antarabangsa.

Namun Kiai juga tertarik dengan Ustaz Azhar idrus yang Kiai lihat jujur dan berani menyatakan kebenaran.

Dari perhatian Kiai, beliau juga telah berjaya menarik perhatian semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Ceramah luar talian beliau telah berjaya menarik khalayak memenuhi masjid bahkan hingga melimpah keluar.

Kali ini Kiai terpanggil untuk berkongsi bersama netizen tentang hujah-hujah Ustaz Azhar Idrus apabila ditanya “Apa hukumnya menyokong parti pemerintah sekarang ini?”

Hujah Ustaz Azhar yang telah Kiai transkipkan adalah seperti berikut:

  •  Dia gini, sokong benda yang baik, benda yang haram tak boleh disokong, kena tentang (lawan).
  •  Cuma kalau kita tahu tahu dia ni menipu, kita lantik juga jadi pemimpin maka kita berdosa.
  •  Dia ni jahil hukum agama, kita lantik juga jadi Menteri Agama maka semua orang berdosa. 
  •  Dia ni tak reti (tidak ada ilmu) bab pertahanan negara, kita lantik juga suruh jadi Menteri Pertahanan, itu adalah satu dosa.  
  • Faham tak lagi? Kerana apa? Kerana dia tidak layak. Kalau kita lantik orang yang layak, parti apa pun kalau layak di sisi Tuhan, layak di sisi agama, agama tidak melarang. Tahu tak?  
  • Kita lantik orang yang sepatutnya bawa kapal terbang, kita lantik orang yang tidak sepatutnya bawa kapal terbang.  
  • Dia tu naik basikal pun huru hara, kira suruh dia jadi pilot (juruterbang) tunggulah kebinasaan.
  • Hadis Rasulullah SAW , marfumnya: “Bila orang yang tidak layak, kamu pergi lantik juga, maka tunggulah kerosakan.”
  •  Jadi hati-hatilah bab memilih pemimpin. 
  • No satu kita memilih, bukan kerana maju atau apa, sebaliknya kerana agama. 
  • Lima benda (perkara) Tuhan beri kita kena ingat, orang lain (orang bukan Islam) tak usah masuk campurlah. Inilah konsep hidup kita iaitu nombor satu tinggi sekali iaitu agama, no2 nyawa, no 3 akal no 4 keturunan dan no 5 dunia kita sekarang, bermakna termasuk kemajuan, ekonomi, pembangunan semuanya no 5. No 1 agama.
  • Tapi sekarang kita ini ditipu oleh cintakan harta-benda pangkat dan sebagainya, maka kita agama no 5, jadi negara no 1. Akan berlaku nanti benda yang makin-makin teruk tentang Islam.
  • Persidangan Kristian terbesar akan dibuat di Malaysia, kemudian pula masalah gay lesbian dan sebagainya.
  • Sekarang minta tandas suku pula (untuk) golongan LGBT. Minta tandas suku, betul tak? Macam separuh penduduk Malaysia ini LGBT.
  • Kemudian kejab lagi nanti akan minta pula kebenaran berkahwin lelaki-lelaki, perempuan-perempuan, semua ni Allah Taala laknat berlaka.
  • Nak minta kebenaran supaya nama Islam tidak diletak pada IC supaya bila minum arak zina dan sebagainya nanti tidak boleh mengambil tindakan.
  • Kemudian minta pula kejahatan kesalahan moral tidak boleh dikenakan hukuman kerana moral-moral ini adalah hak individu, seperti berzina, seperti minum arak dan sebagainya, itu hak individu.
  • Semua (perkara) ini benda yang diutuskan Nabi untuk mengengkarkannya, datang para rasul mengharamkannya.
  • Kita lantik satu kerajaan yang memberi laluan pula untuk menghalalkannya.
  • Nauzubillah. Teruskanlah kita istiqamahlah bersama Islam.
  • Firman Allah dalam Surah Ali Imran:

 Matilah kamu bukan dengan pegangan liberal sekular dan sebagainya.

Malahan dalam sesi video yang lain, Ustaz Azhar terus-terang mengklasifikasikan parti pimpinan Mahathir adalah munafik. Kiai percaya bukan parti yang munafik, tetapi pemimpinnya yang munafik.

Walaupun Ustaz Azhar tidak memberi kesimpulan, tetapi Kiai berani menyimpulkan bahawa menyokong kerajaan Mahathir yang zalim ini adalah ‘haram’.

******

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: