MENTERI KEWANGAN HINA KELANTAN

Projek ECRL yang dibatalkan oleh kerajaan PH amat mengecewakan rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang.

ECRL menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan

Ramai yang melihat pembatalan projek tersebut sebagai kebencian PM terhadap rakyat Melayu Pantai Timur.

Sejak dahulu lagi PM tua tidak menunjukkan keprihatinan kepada rakyat Pantai Timur yang rata-rata adalah golongan Melayu berpendapatan rendah.

Kerajaan BN terdahulu telah beberapa tahun mengkaji pelaksanaan projek ECRL itu dan dapatan menunjukkan bahawa ia membawa keuntungan kepada rakyat bukan sahaja dalam soal mobiliti yang lebih pantas tetapi juga dalam aktiviti ekonomi dua-hala Pantai Timur-Barat khususnya dengan pasaran besar di Lembah Kelang.

ECRL lebih signifikan daripada projek terowong bawah laut Lim Guan Eng yang dikenakan caj tol dan akan meningkat dari semasa ke semasa selama 25 tahun.  Ia suatu bentuk projek yang mencekek rakyat sedangkan Pulau Pinang sudah memiliki dua jambatan yang menghubungkan pulau kecil itu dengan tanah semenanjung.

Malah ECRL jika beroperasi akan membekalkan 80,000 pekerjaan kepada anak negeri di Pantai Timur.

Dengan itu sekiranya Ahli Parlimen Kota Baru, Datok Takiyuddin Hassan bertanya apakah boleh kerajaan Terengganu dan Kelantan mengambil alih projek tersebut, maka itu adalah soalan yang amat baik kerana laluan ECRL itu dibina di atas bumi Terengganu dan Kelantan (juga termasuk negeri pentadbiran pembangkang iaitu Pahang).

Namun dengan penuh penghinaan dengan bahasa Melayunya yang cetek LIm Guan Eng menjawab,“Cadangan yang dibuat oleh yang berhormat bahawa kerajaan Kelantan dan itu Terengganu beringin untuk mengambil alih projek ini saya rasa err saya tunggu suratlah sekiranya kerajaan negeri Selangor heh kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu berminat untuk buat demikian. Tapi pada masa yang sama saya fikir macam mana Kelantan boleh buat atau mampu buat demikian bila gaji anggota perkhidmatan pun tak mampu dibayar.”

Guan Eng lupa akan perjanjian Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam ikatan Federalisme.

Guan Eng juga lupa bahawa harta kekayaan minyak milik Kelantan siapa yang ambil? Cukai dalam urusan pertanian, perlombongan, perikanan, penternakan pergi ke mana?

Presiden PAS, Haji Hadi Awang juga turut membidas Guan Eng berkenaan isu gaji perkhidmatan awam di Kelantan kerana berlaku kekangan kewangan apabila Kerajaan Pusat yang sengaja melengahkan bayaran kepada Kerajaan Kelantan, misalnya peruntukan gaji bulan Mac dibuat pada bulan Disember.

Kata Hadi, “Isu ini sudah pulih, Barisan Nasional (BN) semasa pemerintahan akhir mereka telah laksanakan dan kita harap kerajaan Pakatan Harapan (PH) laksanakan lebih baik, khususnya royalty petroleum Kelantan yang diambil Petronas,” katanya.

Tapi kini kerajaan Persekutuan lagi sekali menyekat royalty petroleum kepada Kelantan setelah mengambil alih pemerintahan BN.

Sekiranya Guan Eng mahu tahu apakah Kelantan mampu atau tidak, maka bebaskan Kelantan daripada perjanjian Persekutuan.

Kelantan pasti mampu menguruskan ekonominya dengan baik, tidak memekik-melolong seperti Cina sawan dengan tuduhan hutang RM1trilion lah, negara nak muflislah, dan duit tak adalah. Memanglah kalau sudah jenis DNA penipu, menipu jugalah kerjanya.

Bila PM tua kata bahawa projek ECRL akan disambung semula apabila ekonomi sudah pulih, ramai dalam kalangan penganalisis ekonomi yang ketawa. Bila ekonomi sudah pulih, kroni-kroni dia yang pelahaplah yang akan rampas dan rompak projek itu.

Malah itulah masalah dasar mengapa PM tua benci dan dengki sangat dengan syarikat 1MDB apabila ia telah menyingkirkan kroni-kroninya khususnya dalam projek belakan tenaga eletrik.

****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: