MAHATHIR TERSASUL LAGI

Mahathir seperti tersasul apabila dia kata UMNO tidak wujud lagi dan mengajak ahli-ahli UMNO menyertai partinya PPBM.

Dari aspek semantik (kajian makna) dalam kenyataan Mahathir di atas jelaslah terdapat beberapa premis yang boleh disintesiskan.

Sekiranya UMNO tidak wujud lagi maka tidak wujudlah ‘ahli-ahli UMNO’.

Sebaliknya ‘ahli-ahli UMNO’ masih wujud dan dengan itu juga Mahathir mengajak ‘ahli-ahli UMNO menyertai PPBM (atau ringkasnya Bersatu).

Sekiranya Mahathir mengajak ‘ahli-ahli UMNO’ menyertai partinya Bersatu maka premis yang terungkap ialah ‘UMNO masih wujud’.

Daripada kenyataan Mahathir ‘ajak ahli UMNO menyertai Bersatu’ bermakna Bersatu perlukan ahli-ahli baru.

Mengapakah Bersatu memerlukan ahli-ahli baru?

Di sini terangkat satu lagi premis bahawa Bersatu kekurangan ahli, dan kerana kekurangan ahli, Bersatu adalah parti yang lemah dan memerlukan kekuatan daripada kuantiti ahli.

Kemudiannya timbul persoalan, mengapakah sebagai seorang pengerusi bagi gabungan Pakatan Harapan, Mahathir hanya mengajak ahli-ahli UMNO menyertai Bersatu sahaja?

Mengapa tidak mengajak ‘ahli-ahli UMNO’ menyertai PKR atau DAP atau Amanah dalam gabungan Pakatan Harapan, sebaliknya mengajak menyertai Bersatu sahaja?

Jadi di sini terangkat premis berikut, iaitu Bersatu ada masalah, Bersatu lemah dan Bersatu kurang suara dari aspek kuantiti ahli, atau apa yang dimaksudkan oleh Mahathir ialah kekurangan kerusi parlimen.

Dengan itu juga terbangkit pula satu lagi persoalan iaitu jika Pakatan Harapan sudah memenangi PRU14 dan dengan mandat yang ada kenapa Mahathir masih gelabah mahu mengajak ‘ahli-ahli UMNO’ menyertai Bersatu?

Dengan itu terangkat satu lagi premis, ‘Bersatu sedang menghadapi krisis dalaman dan tidak stabil’ kerana ada persaingan antara parti Bersatu Mahathir dengan parti-parti yang lain.

Sepatutnya Mahathir menguar-uarkan atau mengajak ‘ahli-ahli UMNO’ menyertai Pakatan Harapan dan bukannya menyertai Bersatu sahaja.

Namun Mahathir terpaksa menegaskan kosa kata ‘Bersatu’ kerana Bersatulah satu-satunya parti dalam Pakatan Harapan yang sedang menghadapi masalah. Amanah tidak ambil kisah, PKR tidak ambil kisah, apatah lagi DAP.

Apa masalahnya?

Masalahnya ialah Bersatu parti yang rapuh, tiada hala tuju dan hanya bergantung kepada seorang tokoh tua yang penuh dengan keserahan nafsu untuk berkuasa dan mengayakan tembolok kroni-kroninya dan tebal dengan falsafah nepotisme.

Sekiranya pemimpin tua itu mati kerana sememangnya telah lanjut usia, maka Bersatu juga akan berkubur bersama-sama pemimpin tua itu.

Rakyat tidak bodoh kerana rakyat tahu terdapat gelombang persaingan dalam Pakatan Harapan bagi jawatan Perdana Menteri. Namun persaingan yang boleh diterjemahkan sebagai ‘krisis dalam kelambu’ itu cuba ditutup serapat-rapatnya. Malangnya kain kelambu itu tipis dan boleh dilihat oleh tetamu luar.

Kemudian timbul pula persoalan, kenapa Mahathir hanya mengajak ‘ahli-ahli UMNO’ menyertai Bersatu? Mengapa tidak mengajak juga ahli-ahli PAS atau PKR atau Amanah atau DAP menyertai Bersatu?

Tidak lain dan tidak bukan, apa yang rakyat dapat lihat sekarang ialah kezaliman yang dikenakan adalah hanya kepada parti UMNO, hanya pemimpin UMNO dan tidak pemimpin parti-parti lain yang sedang dizalimi oleh kerajaan PH.   Jadi ingin saya senaraikan premis yang terkandung dalam kenyataan Mahathir “Ajak Ahli UMNO sertai Bersatu.”

Premis 1 :  Ahli UMNO wujud  

Premis 2 :  UMNO masih wujud

Premis 3 :  Bersatu perlukan ahli

Premis 4 :  Bersatu kurang ahli – kurang suara dalam PH

Premis 5 :  Bersatu tidak stabil dan goyah

Premis 6 :  Bersatu lemah dalam Pakatan Harapan

Premis 7 :  Ada konflik dan persaingan dalam PH

Premis 8 :  Bersatu hanya mengharapkan seorang pemimpin yang sudah terlalu tua

Premis 9 :  Mahathir takut dengan kelemahan Bersatu

Premis 10:  Mahathir mahu Bersatu mendominasi PH, bukannya PKR atau pun DAP

Premis 11:  Mahathir tahu UMNO masih kukuh di hati rakyat Melayu dan tetap terus kukuh

Premis 12:  Berlaku kezaliman terhadap UMNO dan tidak pada parti lain

Jelaslah bahawa seruan Mahathir mengajak ahli-ahli UMNO menyertai Bersatu dan tidak parti-parti lain dalam Pakatan Harapan kerana Bersatu sedang berdepan dengan masalah besar.

Sebagaimana kata Datok Lokman Adam, dengan kekuatan yang ada pada parti PKR, bila-bila masa dari sekarang, Presiden PKR, iaitu musuh silam Mahathir boleh menganjurkan ‘Undi Tidak Percaya’ terhadap Mahathir.

Kemudian sebagaimana kata mendiang Karpal Singh dan juga janji bekas Presiden PKR, DS Wan Azizah, bahawa Mahathir akan didakwa di mahkamah sekiranya Pakatan menang PRU14.

Pandangan Lokman mempunyai logik yang signifikan kerana kita lihat hari ini :

  1. Rakyat semakin sedar dengan penipuan janji-janji PH
  2. Rakyat sudah nampak kelemahan menteri-menteri PH
  3. Rakyat sedang membandingkan kebaikan PH dan kerajaan BN terdahulu 
  4. Rakyat rasa amat tertekan dengan pemerintahan PH walaupun hanya baru lima bulan berkuasa

Rakyat pun sedar, bahawa BN di bawah DS Najib, menggunakan kekayaan negara untuk berkongsi bersama rakyat. Sebaliknya dasar tamak haloba pemimpin PH adalah ‘kekayaan dan keuntungan hanya untuk kroni’ sedangkan ‘kerugian kerajaan dikongsi bersama rakyat’.  Sila rujuk Tan Sri Khalid Ibrahim jika mahukan penjelasan.

Mahathir menuduh pemimpin UMNO merompak, melanun dan mencuri, sedangkan tiada satu pun kes yang  didakwa di mahkamah telah disabitkan.  Jelaslah ini adalah subjudicial dan ‘contempt of court’, atau lagi sekali Mahathir tersasul atau cuba menipu rakyat.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: