BALA LGBT

Oleh Kiai Manjoi

Kiai dengar heboh seluruh parlimen apabila Ketua Pembangkang, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaitkan musibah gempa bumi dan tsunami di Palu Indonesia sebagai bala Allah terhadap aktiviti LGBT.

Hakikatnya begitulah seorang muslim harus berfikir. Banyak ayat-ayat daripada firman Allah yang menegaskan bahawa bala yang turun itu adalah sebahagian daripada pembalasan ke atas hamba-Nya yang hanyut di lembah maksiat.

Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 25 yang bermaksud:

“Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dan (yang membawa bala dan bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksaNya.”  

Kiai melihat bahawa keprihatinan Zahid terhadap masalah tersebut adalah sesuatu yang amat signifikan kerana aktiviti LGBT di Palu bukan lagi menjadi suatu gejala terpencil.

Sebagai seorang muslim apatah lagi seorang pemimpin kaum muslim, Zahid mempunyai tanggungjawab yang besar dalam usaha menyekat gejala LBGT di Malaysia yang mendapat pembelaan dari golongan tertentu terutamanya DAP dalam PH.

Menteri agama, Mujahid Yusuf Rawa telah mengaitkan program JAKIM dengan kerajaan negeri yang cuba menarik golongan LGBT keluar daripada tabiat buruk itu.

Namun Mujahid harus sedar dengan tingkah laku golongan DAP dalam PH yang cuba menentang JAKIM. Lagipun apa yang JAKIM buat adalah semasa era BN bukan era PH yang ramai ahli parlimen daripada golongan kafirun.

Kiai juga bimbang kerana Mujahid melihat gejala LGBT sebagai hanya satu ‘isu’ semata-mata dan bukannya satu masalah atau musibah yang mesti diberikan perhatian serious.

Ahli Parlimen Setiawangsa dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad juga cuba menempelak Zahid kerana mengaitkan soal bala Allah dan LGBT.

Kiai ingin bertanya apakah setelah berleluasa gejala maksiat LGBT itu dan turun bala sebagai mana berlaku di Acheh mahupun di Palu dan Lombok, baru kita kelam kabut hendak mengambil tindakan?

Kiai masih ingat Ahli Parlimen DAP Charles Santiago yang menggesa kerajaan memansuhkan semua undang-undang dan peraturan yang kononnya mendiskriminasi golongan LGBT. Itu pun semasa era BN. Kini kuasa di tangan mereka.

Santiago menggesa agensi-agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhenti menangkap golongan mak nyah atau LGBT.

Soalan Kiai, tidakkah berdiri di kaki-kaki lima di kawasan-kawasan tertentu (banyak di ibu negara), menunggu pelanggan seks, sebagai suatu aktiviti terbuka dan menggambarkan bahawa ia sudah mula berleluasa?

Kita tidak mahu turut sama ditimpa bala. Tindakan tegas harus diambil.

Ahli Parlimen DAP itu jelas tidak menghormati Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Bahagian Kawalan Jangkitan Kementerian Kesihatan Malaysia pernah melaporkan bahawa kes-kes baru HIV lebih tinggi di kalangan homoseksual (LGBT).

Daripada 1,553 kes baru di kalangan mereka yang mengamalkan homoseksual, 40% adalah dalam kalangan pemuda berumur 19-29 tahun, kebanyakannya pelajar manakala 31% terdiri daripada golongan profesional berumur di antara 30-39 tahun.

Santiago, Ahli parlimen DAP itu juga mendakwa bahawa amat tidak adil bagi masyarakat membina kebencian kepada golongan LGBT.

Nampaknya Santiago lupa bahawa, sikap terbuka masyakarat US terhadap LGBT telah menyebabkan banyak kes bunuh yang menjadikan golongan LGBT sebagai mangsa.

Misalnya kes pembunuhan melibatkan komuniti LGBT meningkat 11 % antara tahun 2013 dan 2014, seperti yang dilaporkan oleh National Coalition of Anti Violence Programme.

Media US pada tahun 2015 menyatakan Amerika patut diisytiharkan sebagai menghadapi krisis apabila 2 kes pembunuhan transgender dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Kecenderungan pihak aktivitis pro-LGBT mengkategorikan setiap kes kematian yang melibatkan LGBT sebagai berpunca daripada jenayah kebencian terhadap LGBT.

Jadi apakah Santiago tidak nampak bahawa di Malaysia, masyarakat Islam masih berhemah dan jauh terbuka, meskipun permasalahan LGBT itu tidak diabaikan?

Kemudian kita lihat bahawa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga cuba menempelak Zahid dengan mengatakan bahawa gejala rasuah jauh lebih parah daripada LGBT.

Kiai nak beritahu Saddiq budak mentah ni, supaya janganlah tunjuk sangat nak membela golongan LGBT, kerana kamu sudah ada rekod buruk dengan tabiat kamu dalam bilik air dan pernah berusaha memasukkan golongan LGBT ke dalam pejabat menteri.

Kalau Saddiq hendak kaitkan dengan rasuah, dia lupakah Menteri Kewangan DAP yang terlibat dengan rasuah? Dia lupakah gejala politik wang dan rasuah berleluasa dalam pemilihan PKR sekarang?

Dia lupakah PM tua terlibat dengan skandal Forex Bank Negara, Perwaja Steel, Maminco, menggunakan wang Petronas untuk bailoit syarikat perkapalan anaknya, memaksa MAS menggunakan petrol milik PETRON (kepunyaan anaknya) dan banyak lagi yang naik mual untuk Kiai katakan.

Dia lupakah apa mendiang Karpal Singh kata terhadap PM tua?

Satu lagi Kiai nak kata, jangan nak tuduh seseorang itu bersalah sebelum mahkamah mensabitkan kesalahan.

Ingat sikit Saddiq, apa-apa yang berlaku dalam pemerintahan BN, BN berkongsi bersama kekayaan dengan rakyat, bukan seperti PM tua PH yang bolot untuk kroni-kroni dan anak-anak dia sahaja, tapi minta pula rakyat bantu melalui tabung harapan.

Cuba celik sikit dan korek teliga kamu tu.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: