BAHLULKAH MENTERI PH?

Oleh Kiai Manjoi

Kiai terbaca berita yang menular dua hari lepas di laman Twitter Wan Saiful Wan Jan (Penasihat Khas Menteri Pendidikan) yang menghebahkan bahawa dia mengetuai delegasi Kementerian Pendidikan melawat London untuk memahami sistem sekolah di England.

Dipetik dari Twitter Wan Saiful

Maklumat terperinci seperti tarikh lawatan, jangka masa lawatan, jumlah peserta delegasi (nampak gambar macam ramai) tidak pula disebut.

Soalnya sekarang, mengapa tidak Menteri Pendidikan sendiri, Timbalan Menteri, Ketua Pengarah Pendidikan, atau mana-mana Pengarah lain di Kementerian Pendidikan yang mengetuai lawatan tersebut? Ni Kiai nampak macam nak bagi geng makan angin.

Kerajaan PH heboh sangat tentang peraturan PRK di PD dan di Balakong, tetapi soal peraturan dalam kelambu yang memakan wang rakyat tidak pula didedahkan.

Kiai terbaca juga pada 21 Okt (semalam) Perdana Menteri tua PH mengatakan bahawa ‘Rasuah adalah perkara yang sudah berlalu di Malaysia’. Betulkah?

Dipetik dari ChannelNewsAsia

Perdana Menteri tua tak tahukah apa definisi rasuah? Transparency International mendefinisikannya sebagai “perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka“. Segala bentuk salah guna kuasa bagi kepentingan diri dan kroni juga adalah rasuah.

PM tua tak sedarkah apa yang sedang berlaku dalam pemilihan PKR? Heboh pasal politik wang, tapi tak habis-habis nak kaitkan juga dengan UMNO. Hipokritnya mereka ini semua.

Dipetik dari StarOnline

Kemudian Kiai terkejut bila Perdana Menteri tua kata menteri-menteri baru yang dilantik oleh kerajaan PH dinilai dalam skor 40-50%.

Apa yang Kiai tahu, jika di universiti 40-50% itu adalah skor yang lemah dan ‘gagal’ (C-).

Jadi tidak hairanlah kalau Kiai nak kata menteri-menteri PH, tergolong dalam kategori bahlul.

Kalau bahlul dipilih untuk memimpin negara, maka macam-macamlah berlaku. Hutang negara RM686 bilion dikatakan RM1 trilion. Kemudian datang si bongok sorang lagi pula kata lebih dari RM1trilion.

Tapi dalam pembentangan bajet 2019 dan dalam RMK 11, kerajaan PH sebut pula hutang negara RM686 bilion dengan kadar 50.8% berbanding KDNK.

Kiai nak beritahu, kita bukan hidup pada zaman Perang Jepun apabila rakyat tak faham perkiraan ekonomi dan lembab matematik.

Kemudian banyaklah yang Kiai nampak:

  • Menteri Pertahanan dedahkan kelemahan logistik TUDM, kemudian macam ada kecenderungan kepada Syiah, Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya dikatakan tidak lagi beroperasi, misi tentera Malaysia yang cuba mempertahankan Mekah dan Riyadh dibawa balik, lepas itu terhegeh-hegeh nak hantar wakil memujuk Arab Saudi apabila telah menerima tekanan
  • Menteri Sumber Manusia kata Melayu pendatang, orang India yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu- tentukan gaji minima naik RM50 sedangkan manifesto kata gaji minima akan dinaikan ke RM1500
  • Menteri Belia dan Sukan didedah suka main online game
  • Menteri Hal Ehwal Agama berikan kebebasan maksiat dalam premis peribadi (dia sudah mohon maaf)
  • Menteri Kewangan silap kira hutang negara – sibuk tutup projek, bangga rakyat diberhentikan kerja, bangga pelabur asing lari dan tarik balik pelaburan, bila kena bencana di PP menangis-nangis dan DS Zahid Hamidi tolong hulurkan bantuan.
  • Menteri Pendidikan bincang hal kasut dan setokin seperti meletakkan otak di kaki
  • Menteri Undang-Undang nak hapuskan hukuman mati mandatori -melompatlah Cina-Cina taikun dadah di Malaysia macam beruk mati hidup semula
  • Kementerian Pertanian nak tanam buluh ganti kelapa sawit
  • Menteri Komunikasi dan Multimedia – pentingkan bola sepak, macamlah rakyat makan bola, dan tidur bola, Akta Berita Palsu dimansuhkan, kemudian janganlah hairan bila banyak berita palsu dalam talian
  • Menteri Dalam Negeri – diam senyap-sepi sebab lawan kanser
  • Menteri Luar Negara – hantar delegasi ekonomi ke AS, Ke Britain, ke Jepun tapi satu MOU pelaburan ekonomi pun tarak
  • Manifesto sebut nak bubarkan Grab, tapi bila dah menang PRU14, Menteri Pengangkutan kata Grab dikekalkan. Macam mana drebar teksi yang tergugat pendapatan tak marah PM tua.
  • Banyak lagilah nak disenaraikan, tapi penat dah jari Kiai..

Lepas tu Kiai terbaca lagi yang Perdana Menteri tua tu ulang kenyataannya dalam nada berbeza pula. Dia kata dia tak puas hati dengan pencapaian menteri kabinet semenjak mereka dilantik dalam portfolio masing-masing dalam kerajaan baharu.

Kalau macam tu bermakna Perdana Menteri tua tu telah melantik menteri-menteri kabinet secara hentam keromo sajalah. Orang Kedah kata ‘cacamarba’. Tukang masak pun boleh jadi menteri. Semua depa tu perlukan kelas pemulihan.

Sebab itu PM tua perlukan Majlis Penasihat Kerajaan. Justeru hari tu bila PM tua menghantar delegasi pelaburan dan perbincangan projek di China, dia hantar Tun Daim dan bukannya Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi. Pasal apa?

Dipetik dari Malaysiakini

Barulah Kiai dapat jawapannya, “tidak lain kerana menteri-menteri kabinet dia bahlul”.

Kemudian Kiai terbaca pula DS Anwar Ibrahim  (yang bakal menjadi Perdana Menteri, muda sikit) kata dia akan rombak kabinet seelok-elok dia dilantik. Sebab apa Anwar nak bubar? Hmm jawapannya sama juga, sebab “bahlul”.

Kiai percaya sekiranya DS Anwar dilantik sebagai PM, dengan segera juga dia akan menamatkan peranan Majlis Penasihat Kerajaan, jika tidak pun, Tun Daim mungkin dinyahkan dari menganggotai majlis itu.

Walau apapun kemungkinannya, rakyat sendiri amat terasa bahawa kabinet PM tua itu amat lemah, dan kelemahan itu juga merupakan kelemahan PM tua.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: